‘Special Branch’ unit Polis Malaysia yang paling pelik dalam dunia, ini 4 fakta pelik penubuhan yang ramai tak tahu.
Kalau sebelum ni kitorang ada persoalan di mana kalau SB bersalah, siapa yang perlu bertanggungjawab?
Nampaknya, persoalan tu terjawab dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas dan diketuai oleh bekas hakim.
Ia juga akan memberi fokus kepada dakwaan salah guna kuasa oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Perkara tu berikutan kesan laporan akhir SUHAKAM yang sedikit sebanyak mencalarkan imej PDRM, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Cuba kau tengok lelaki kat sana tu. Lain macam je. Mesti SB…”
“Ye la, tiap-tiap hari duduk tempat sama perhati orang je. Confirm Special Branch ni”
Mungkin korang pernah je ada perbualan yang lebih kurang macam ni bila nampak orang yang sama berkeliaran kat sesuatu tempat tu. Tapi, betul ke tu SB atau korang je yang melebih-lebih sebab banyak sangat tengok DVD ni?
Ni bukan spy, ni mengendap namanya
Cawangan Khas yang kemungkinannya ada kaitan dengan kehilangan beberapa rakyat Malaysia
Unit polis misteri yang asalnya ditubuhkan semasa Darurat Tanah Melayu untuk memerangi komunis, baru-baru ni telah dipersoalkan disebabkan dakwaan SUHAKAM di mana mereka berada di sebalik kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh yang masing-masing hilang pada 2016 dan 2017.
Klik untuk baca pasal kes kehilangan mereka.
Ini bukanlah kali pertama Cawangan Khas atau SB ni jadi tajuk utama berita: mereka terlibat dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang pertama, dan kes bekas anggota Cawangan Khas termasuklah mendiang PI Bala (polis yang mulanya dituduh, kemudian ditarik balik tuduhan, kemudian dituduh semula dalam kes Pembunuhan Altantuya), dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Muhd Fuzi Harun (yang secara kebetulan adalah pengarah Cawangan Khas ketika berlakunnya kehilangan Amri dan Pastor Koh).
Walaupun, kesemua drama yang dikaitkan dengan agensi rahsia ni selama lebih sedekad tapi, ramai dari kita yang tak berapa tahu pasal SB (dan ada sebabnya). Jadi bagi korang yang tahu pasal SB ni, korang tahu ke apa sebenarnya kerja mereka? Kitorang ada lah kaji sikit, dan kitorang rasa paling tertarik gila dengan 4 benda ni…
1. Cawangan Khas dicipta terutamanya sebagai mata-mata, dan bukannya untuk berlawan
Dokumentari khas ‘Hanya Yang Berani’ yang menceritakan tentang Pasukan F dari Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Imej dari PDRM official FB page
Ingat lagi tak penulisan kitorang pasal Lai Teck, si triple agent yang pada mulanya menyelinap masuk ke dalam komunis, sampai dilantik jadi Setiausaha Agung PKM, dan kemudiannya menikam mereka dari belakang?
Klik untuk baca pasal Lai Teck, triple agent Malaya
Menurut buku “Malaya’s Secret Police 1945-60: The Role of the Special Branch in the Malayan Emergency” oleh Leon Comber (dia sendiri adalah seorang ahli Cawangan Khas pada waktu tu), inilah sebenarnya tugas SB – menyelinap masuk ke dalam kumpulan musuh dan mengumpulkan maklumat.
Apabila British mengasaskan Cawangan Khas, ia bertujuan untuk bergantung kepada HUMINT (Human Intelligence) bukannya perisikan teknikal (iaitu pengimejan, isyarat, pengukuran dan tandatangan). Perisikan Manusia, seperti yang ditakrifkan oleh NATO, adalah:
“… kategori perisikan yang diperolehi daripada maklumat yang dikumpulkan oleh pengendali manusia dan terutamanya disediakan oleh sumber manusia.” – Glosari NATO dalam istilah dan takrifan, AAP-6 (2018) (korang boleh download pautan PDF-nya sekali)
Dalam erti kata lain, anggota SB, sama macam CIA, MI6 atau KGB, dilatih sebagai mata-mata yang berada dalam kalangan musuh sambil mendapatkan maklumat mereka melalui hubungan interpersonal.
Mano depa ni mat?
Seperti yang diperincikan oleh Comber, SB nampaknya dah memainkan peranan penting dalam menewaskan komunis, yang didakwa menguruskan penyelinapan ke dalam sesebuah organisasi (iaitu sekolah Cina, kesatuan sekerja, parti politik), operasi pemerdagangan senjata, mazhab agama, serta kumpulan dalaman VIP politik.
Bukan setakat tu je, SB juga didakwa meng’hijack’ ‘dead letter box’, atau peti surat mati komunis (mesej yang ditinggalkan di dalam hutan untuk memberi maklumat kepada ahli yang lain. Ia juga dikenali sebagai dead drop), dilampirkan bersama peranti pengesan jauh yang dipasang pada radio serta dijual di kedai runcit Cina, dan mesejnya akan dinyahkodkan oleh ahli komunis di atas rice paper rolls.
Ye betul, rice paper rolls tu bahan korang buat popia Vietnam.
Takde la power sangat macam teknologi sekarang, tapi ia agak berjaya.
Nota kaki: Kitorang kata ‘didakwa’ kat sini sebab semua ni dari sumber yang sama, dan korang tahu je la, tak banyak maklumat pasal SB ni kat luar sana. Kalau tak, tak special dah la, kan?
Salah seorang daripada SB yang disebut-sebut adalah Blossom Wong, yang bekerja dengan anti-vice unit. Dan tak tahulah macam mana, dia nampaknya mengiringi Robert F. Kennedy, semasa mereka berada di Malaysia. Kalau tu tak cukup pelik, nampaknya artikel NST yang asal juga nampaknya dah ‘di-hilang-kan’. Walau macam mana pun, kalau korang Google, korang boleh jumpa beberapa hasil lain yang agak… menarik.
2. Zaman sekarang, mereka berjaya menggagalkan banyak ancaman keganasan di Malaysia
Apa pulak sumbangan mereka pada abad ke-21 ni? Kalau korang nak tahu, mereka masih kuat macam dulu. Ini apa yang diberitahu PDRM mengenai peranan Cawangan Khas di laman web rasmi mereka:
“Menghasilkan risikan keselamatan berkualiti dengan memperjelaskan dimensi ancaman, menasihati serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan berkesan dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.” – Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Pada tahun 2009, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan untuk menangani ancaman keganasan yang terdiri daripada pengganas-pengganas IS, pemberontak Abu Sayyaf di bahagian Sabah, pengganas di Lahad Datu, serta pelbagai sindiket jenayah tempatan.
Divisyen Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman yang menangkap suspek pengganas di Sabah, Mac 2019. Imej dari The Star Online
Dan nampaknya, mereka ni memang hebat dalam kerja mereka. Ini tak termasuk kes bom tangan di kelab Movida pada tahun 2016, serangan keganasan di dalam negara kita yang kita mungkin tak sedar pun. Disebabkan mereka ni lah, sejak penubuhannya, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas ni dah berjaya mengesan dan mengelakkan ratusan militan dari bertindak melakukan serangan.
Malah, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, penolong pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, mengatakan yang mereka dah lama memerhatikan IS, bertahun-tahun sebelum serangan Movida berlaku. Bukan tu je, dia sebenarnya meramalkan beberapa tahun sebelum ia berlaku!
“Masalahnya bukan sama ada kita akan diserang, tapi bila… Mereka merancang untuk menyerang pusat hiburan dan bangunan kerajaan”- Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (Counter Terrorism), Cawangan Khas Bukit Aman April 2015
Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, penolong pengarah Bahagian Kaunter Keganasan Cawangan Khas (kiri) berbual dengan Menteri Pertahanan Mat Sabu. Imej dari MalayMail
Tapi, macam mana mereka dapat tahu semua benda ni? Kata Datuk Ayub, IS sangat bergantung kepada platform media sosial mereka, dan sebab tu la, Cawangan Khas memberi tumpuan kepada aktiviti dalam talian mereka, menyekat laman web dan akaun Twitter yang menimbulkan ancaman. Menurutnya, dari pertengahan tahun 2015 hingga akhir 2016, mereka dah menyekat sebanyak 360,000 akaun!
3. Cawangan Khas tak disebut pun dalam undang-undang Malaysia
Pada tahun 2005, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melancarkan Suruhanjaya Khas Untuk Meningkatkan Operasi Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara dan bekas Inspektor Tun Mohamed Dzaiddin bin Haji Abdullah. Dan nampaknya… mereka mendapati di mana takde satu pun dalam undang-undang kita menentukan fungsi, kuasa, atau tanggungjawab Cawangan Khas.
Ini agak luar biasa, sebab undang-undang kita juga agak spesifik dan menyeluruh, sampaikan lagu berunsur lucah pun kena ‘beep’, atau korang boleh dipenjarakan atau didenda.
Seksyen 294 Kanun Keseksaan. Klik untuk melihat lebih banyak lagi undang-undang pelik yang kita ada.
Satu-satunya kenyataan rasmi mengenai skop kerja Cawangan Khas dalam Akta Polis 1967 adalah: “… mengumpul risikan keselamatan (s 3[3]). Walaupun begitu, perkataan ‘Cawangan Khas’ tak disebut di mana-mana dalam Akta!
Pesuruhjaya Siasatan Diraja Polis, Dzaiddin pun mendakwa yang “SB ditadbir oleh dokumen ibu (charter) yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri selepas kemerdekaan”. Walau bagaimanapun, apabila Dzaiddin cuba melihat ‘dokumen ibu’ ini, akses mereka dinafikan. Ya, korang tak salah baca. Suruhanjaya Agong sendiri pun disekat dan tak boleh tengok!
Perlu diingatkan, pada Bajet 2016, belanjawan Cawangan Khas dikatakan mencecah sampai RM492,358,000! Dan terdapat 8287 anggota Cawangan Khas yang dianggarkan untuk berkhidmat (daripada 141,853 kedudukan polis). Cukup tinggi untuk pejabat yang ‘tak wujud’, memandangkan angka-angka ni diperuntukkan atas perbelanjaan Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID), yang dibebani oleh kebanjiran kes.
Tapi kekurangan ‘check and balances’ dan juga bajet yang tinggi ni nampaknya bakal menyebabkan pembaharuan, terutamanya daripada pesuruhjaya Dzaiddin sendiri. Timbalan Menteri Belia, Steven Sim Chee Keong dan NGO Hak Asasi Manusia tempatan SUARAM juga menyuarakan cadangan mereka mengenai sekatan ke atas Cawangan Khas, termasuk kebebasan dari campur tangan politik, perlindungan hak untuk demonstrasi, definisi undang-undang, serta laporan tahunan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri:
“Walaupun terdapat keperluan untuk unit perisikan polis yang berkesan untuk menangani jenayah dan ancaman terhadap keselamatan negara, unit Cawangan Khas telah lama beroperasi di atas undang-undang.” – SUARAM
Selain tu, salah satu isu yang dikemukakan oleh pesuruhajaya Dzaiddin adalah kekejaman yang didakwa telah digunakan dalam soal siasat mereka, di mana pengadu menggambarkan kekejaman yang mengerikan (kita cerita kemudian). Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, di mana SUHAKAM dan NGO lain nak ambil tindakan undang-undang dengan tuduhan penculikan, dan bermacam lagi.
Bagaimanapun, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kata yang SB dilatih terutamanya dalam pengawasan, dan bukan untuk perbuatan (iaitu penculikan). Walaupun kita tak dapat mengesahkan atau menafikan kebenaran dalam hal ini, ia konsisten sebab kewujudan: sebagai mata-mata, bukan berlawan.
Tapi, memandangkan kita ada sebut pasal soal siasat sebelum ni…
4. SB nampaknya mahir dalam soal siasat dan ‘tawar-menawar’
Salah satu perkara yang korang kena tahu adalah, SB memang mahir dalam menyoal siasat dan meyakinkan orang untuk menukar pengakuan; ada saksi dalam testimoni yang membuktikan hal ni, soal siasat digambarkan sebagai salah satu kaedah utama perolehan perisikan dalam buku Comber:
“… soal siasat yang serta-merta, teliti dan sistematik oleh pengganas yang ditangkap adalah sumber yang paling penting dalam operasi perisikan, yang sepatutnya diperolehi dan diambil tindakan dengan segera jika ia adalah untuk mendapat keputusan.” – Keith Jeffrey, melalui Leon Comber dalam ‘Malaya’s Secret Police 1945-60: The Role of the Special Branch in the Malayan Emergency‘
Leon Comber (dua dari kanan) dengan Tunku Abdul Rahman (sebelah kanannya). Imej dari The Star
Semasa Darurat, SB didakwa menempatkan ramai ejen yang menyamar dalam Min Yuen (pergerakan awam komunis), yang dilakukan terutamanya dengan ‘mengubah‘ ahli Min Yuen dan penyokongnya, dan mengancam untuk menahan mereka di bawah Peraturan Darurat (yang mengarahkan hukuman mati kerana memiliki senjata api atau bahan peledak yang menyalahi undang-undang).
“Lu jangan main-main, wa gantung lu baru tau.”
Dan baru-baru ni pula, blogger politik, Raja Petra Kamaruddin mendakwa yang dia pernah disiasat beberapa kali oleh Cawangan Khas sejak bertahun-tahun, bermula dengan penahanan ISAnya pada tahun 2001, manakala pengadu lain pula dilaporkan:
“…ditelanjangkan, dituang air sejuk ke atasnya dan dia dimasukkan ke dalam bilik yang berhawa dingin… berulang kali dipukul semasa soal siasat sehingga dia tak sedarkan diri… Dia digari dari belakang dan ditutup matanya… mulutnya dibuka secara paksa dan dia dipaksa minum air kencing… Alat kelaminnya dipukul dengan benda keras.”- Pesuruhjaya Siasatan Diraja Polis, Dzaiddin 2005
Baru dengar, dah senak. Tapi kalau korang nak tahu, agensi luar negara pun buat benda sama
Tapi, mungkin testimoni yang pelik dalam soal siasat Cawangan Khas sebenarnya berasal dari SB sendiri.
Semasa percubaan pertama kes liwat Anwar Ibrahim, sambil memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah, Pengarah SB-Mohamed Mohamed Said Awang memberitahu Mahkamah Tinggi yang Cawangan Khas menggunakan ‘teknik rahsia’ untuk memaksa saksi untuk menukar kenyataan mereka, yang disebut sebagai ‘turning over operation’.
Dia menjelaskan yang mereka akan, 1) melakukan penilaian cepat terhadap sasaran mereka, 2) melihat bagaimana kemungkinan untuk mengubah pendirian mereka, dan 3) bertindak jika terdapat ancaman keselamatan.
Walau bagaimanapun, apabila ditekan untuk mendedahkan butiran teknik tersebut, dia hanya berkata:
“Ini rahsia Cawangan Khas. Ini rahsia besar.“- Mohamed Said Awang, Pengarah Cawangan Khas
Apabila ditanya sama ada dia akan berada di mahkamah jika diarahkan oleh ‘seseorang yang lebih tinggi daripada Timbalan Perdana Menteri’, dia menjawab:
“Bergantung pada keadaan… Mungkin ya, mungkin tidak” – Mohamed Said Awang, Pengarah Cawangan Khas
“Aku perati je korang”
Mungkin penting untuk kita miliki mereka, tapi penting mereka juga dipantau
Cawangan Khas memang layak dihormati kerana mereka mempertaruhkan nyawa dengan mengelakkan banyak benda buruk dari berlaku, dan memastikan negara selamat. Tapi, itu tak bermakna yang mereka tak perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa salah laku. Salah satu kebimbangan utama pesuruhjaya siasatan polis, Dzaiddin berhubung dengan Cawangan Khas adalah kebertanggungjawaban yang lebih besar, tapi perkara ni jadi sukar disebabkan kekurangan peraturan undang-undang yang mengawal Cawangan Khas.
Ini sebenarnya merupakan cabaran yang dihadapi oleh penggubal undang-undang walaupun di negara-negara yang lebih liberal juga, seperti yang dapat dilihat dengan CIA yang menghindari akauntabiliti dengan hanya mengatakan ‘ia diklasifikasikan’, yang, secara teknikal, nampaknya dah menyokong undang-undang mereka.
Mungkin Malaysia boleh ambil contoh dari Croatia; di mana mereka berjaya menguruskan agensi perisikan mereka dengan memperkenalkan majlis yang terdiri daripada mekanisme pengawasan, perundangan, kehakiman dan awam untuk ‘menjadikan pasukan perisikan bertanggungjawab’.
Ini bermakna sama ada presiden, ahli parlimen, mahkamah ATAU orang awam mereka boleh memantau dan mengemukakan aduan terhadap agensi risikan mereka. Di UK, MI6 melaporkan kepada Setiausaha Luar Negara, dan di AS pula CIA akan melaporkan kepada Pengarah Perisikan Negara. Ini sekurang-kurangnya membuatkan seseorang perisik tu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
Dan mungkin persoalan yang patut ditanya: Adakah bidang kuasa Cawangan Khas berkadar dengan tahap ancaman jenayah dan keganasan di Malaysia moden? Sebagai bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata mengenai keperluan untuk Cawangan Khas di dunia hari ini:
“Kita perlu menerima hakikat di mana, perkara-perkara yang lebih serius dan menjadi ancaman. Tetapi sekarang, rakyat banyak berubah.“- Datuk Fauzi Shaari, bekas pengarah CID Bukit Aman
BACA: