Speaker benarkan Najib hadir ke sidang parlimen

Speaker benarkan Najib hadir ke sidang parlimen

Speaker benarkan Najib hadir ke sidang parlimen. Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini, boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat jika mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu untuk hadir kerana Najib berada di bawah jagaan (custody) Jabatan Penjara.

“Mengenai kehadiran Yang Berhormat Pekan, ia bukan di bawah kuasa saya langsung. Jika beliau hadir, maka beliau tidak perlu meminta kebenaran saya untuk masuk ke Dewan.

“Persoalannya sekarang, adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah kuasa saya kerana ia bukan di bawah jagaan saya. Jadi, penjara mempunyai hak penjagaan beliau, maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan itu.

“Mengikut kefahaman saya, jika pihak penjara melepaskan beliau daripada penjagaan, maka pihak penjaralah yang menetapkan syarat pelepasan itu. Sekali lagi, bukan juga kuasa saya,” katanya.

Speaker benarkan Najib hadir ke sidang parlimen

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang membangkitkan cadangan supaya Najib dibenarkan hadir ke Parlimen, namun dengan tangan bergari, kerana beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen.

Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Bagaimanapun, jika petisyen pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, mengikut Perkara 48(4)(c).

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitan itu.

BACA:

Nissan Almera terlompat -lompat atas jalan tarik perhatian, rupanya ini berlaku

Bubar Parlimen: Tular PM menghadap Agong hari ini, ini respon Istana

Tak sempat rasa, Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta

CATEGORIES