Sokongan pada PAS bakal merudum akibat gagal pertahan prinsip perjuangan Islam

Adakah sokongan kepada Umno dan Pas akan mengurang lagi ? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.*
Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana tidak mampu mempertahankan pringsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan*.
Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam .*
Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19 , Pas diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA dan MIC dalam kerajaan.*
Ketara sekali apabila, Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan Melayu Islam, Pas tidak membantah. Malah mengangguk manja!*
Wanita MCA berani membantah perkahwinan bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah.*
Ada beberapa isu lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri Pas adalah dahulunya pengundi Pas.*
Itu baru beberapa bulan, sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas semakin hari semakin mengurang.*
Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.*
Keadaan dan sikap PAS telah menjauhkan diri dalam senyap mengelakkan pemulauan berlaku.*
Sumber: