“Soal kahwin ni, jujur aku tak nampak dah arah tu, ada berkenalan tapi tak nampak untuk berkahwin”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Salam readers. Namaku Iman, berusia 20 an. Aku merupakan anak perempuan yang sudah merantau jauh dari keluarga selama 6 tahun untuk bekerja.

Dari lepas spm aku dah mula bekerja partime, setiap cuti sem memang aku bekerja sebab aku adalah dari golongan keluarga biasa.

Jadi aku dah belajar untuk mendapatkan segala kemahuanku sendiri dari muda.

Di usia yang muda ini, alhamdulillah Allah telah mengurniakan bermacam bentuk rezeki padaku.

Aku bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Tidak pernah sesekali pun aku rasa aku susah walaupun kadang2 duit hanya cukup2. Segala galanya cukup.

"Soal kahwin ni, jujur aku tak nampak dah arah tu, ada berkenalan tapi tak nampak untuk berkahwin"

Aku mempunyai kerja tetap, sudah memiliki kereta dan telah mempunyai rumah. Aku juga dikurniakan ahli keluarga yang penuh dengan kasih sayang, dikelilingi dengan sahabat2 kerja yang sangat baik.

Dulu kawan kawanku ramai. Sebab aku ni jenis riuh, memang suka berkawan. Tapi sejak peningkatan usia ni, aku dah mula rasa sunyi sampai tahap aku balik lewat ke rumah sebab aku sunyi sangat.

Kawan2 dah ramai yang berkahwin, dan ada yang terputus hubungan. Circle kawan2 aku dah mengecil.

Aku juga ada kawan baik bekerja berdekatan denganku,sesekali dia bawak lah pergi camping ke, bersama suami. Tapi jarang lah dalam 2 bulan sekali macam tu.

Soal kahwin pula, jujurnya aku dah tak nampak ke arah itu. Aku ada berkenalan tapi tak nampak untuk ke arah perkahwinan.

Aku pun dah tak suka bercinta, dan dalam bertahun tahun juga tak keluar dating. Last bercinta 3 tahun lepas rasanya, lelaki tu pun dah kawin.

Aku sebenarnya dah kurang keinginan rasa nak kawin. Tapi aku tetap berdoa Allah menemukan jodoh terbaik untuk diriku. Aku pun tak tahu kenapa, mungkinkah sebab aku terlalu berdikari?

Sunyinya aku sekarang, aku rasa semua benda aku dah start buat sorang2. Makan sorang tu biasa, karaoke sorang, drive jauh2 sorang untuk beli makanan tapi bila aku malu aku makan lah dalam kereta sorang2, hahaha.

Aku balik juga kg dalan 2 bulan sekali. Nak balik selalu tak larat nak drive 5 jam perjalanan. Plus aku pun kadang2 bekerja on weekend.

Aku sedih, sekarang ni aku sampai rasa kalau aku hilang pun.. tak ada orang yang akan perasan. Sedih sangat.

Baru aku sedar sebenarnya aku dah takde kawan dah…. hahahaha, doakanlah aku jumpa soulmate yang terbaik untukku. Terima kasih semua.

– Iman (Bukan nama sebenar)

BACA: Mahkamah Tinggi arah menantu bekas PM bayar RM10 juta kepada dua syarikat, apa dah jadi?