SKMM minta orang ramai hati-hati dengan ‘Pink Whatsapp’, aplikasi apa tu?

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada

apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad Pink WhatsApp.

Ini kerana aplikasi tersebut boleh membawa risiko keselamatan yang serius kepada pengguna.

APLIKASI HASAD PINK WHATSAPP

Aplikasi ini kononnya menawarkan:

SKMM minta orang ramai hati-hati dengan 'Pink Whatsapp', aplikasi apa tu?

-Ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik

-Antaramuka yang boleh diubah suai

-Keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan

Pengguna akan menerima mesej dan pautan yang seolah-olah datang daripada WhatsApp, mengajak mereka untuk mencuba aplikasi baru tersebut.

Namun, selepas pemasangan, aplikasi hasad ini boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti:

-Gambar
-SMS
-Senarai kenalan

MCMC menasihatkan pengguna agar tidak memuat turun dan memasang aplikasi Pink WhatsApp. Jika aplikasi tersebut sudah dipasang, pengguna disarankan untuk segera membuangnya dari telefon pintar mereka.

MCMC mengesyorkan pengguna untuk memuat turun aplikasi hanya dari gedung aplikasi rasmi seperti:

-Apple App Store
-Google Play Store
-Huawei AppGallery

Selain itu, pengguna juga diminta untuk tidak menyebarkan sebarang pautan yang mencurigakan. MCMC ingin menekankan kepentingan bagi pengguna untuk:

1.Berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih.

2.Mengambil langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi.

3.Mengelakkan memuat turun aplikasi hasad.

Pengguna disarankan untuk tetap berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan Pink WhatsApp kepada portal Aduan MCMC atau melalui talian hotline Aduan di 1800-188-030.

BACA: Tun M minta Sarawak bantu negeri mundur, ini respon padu Premier Sarawak