“Skandal di Balai Polis”

Oleh INFORAKYAT

“Skandal di Balai Polis”. Beberapa pegawai polis dipecat dan digantung tugas

selepas siasatan mendapati mereka melakukan hubungan seksual walaupun ketika bertugas dan di balai polis.

Mirror UK melaporkan, siasatan dilakukan terhadap Jabatan Polis La Vergne di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima aduan daripada Datuk Bandar La Vergne, Jason Cole.

“Skandal di Balai Polis”

Menurut laporan penyiasatan, Datuk Bandar menghubungi jabatan sumber manusia polis dan memetik sumber yang tidak dinamakan dalam mendedahkan perkara itu.

Datuk Bandar juga memetik maklumat mengenai pesta tab mandi panas di rumah seorang sarjan.

Salah seorang pegawai lelaki terbabit dalam siasatan turut melaporkan kebimbangan serius mengenai kesihatan mental pegawai wanita itu.

Dalam soal siasat, dua pegawai mengaku melakukan hubungan intim secara berasingan dengan pegawai wanita itu ketika bertugas secara aktif di balai polis dan di gimnasium jabatan.

Susulan kejadian, beberapa pegawai polis dipecat dan digantung tugas.

Cole dalam satu kenyataan berkata, kes itu kini dalam siasatan.

BACA:

Sekali report je terus DBKL datang serbu gerai warga asing, tindakan pantas penguatkuasa DBKL undang pujian netizen