Sistem saringan agihan BPN gagal dan “bocor”

Sistem saringan agihan BPN gagal dan “bocor”

Macam-macam individu yang mendapati mereka lulus untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disediakan oleh kerajaan. Bermula dengan isteri bekas PM, Rosmah Mansor, sampailah kepada beberapa orang wakil rakyat ditularkan yang mereka juga menerima bantuan berkenaan.

Saya sejak awal-awal lagi sudah tidak yakin dengan penularan itu. Tidak masuk akal kalau Rosmah yang lebih kaya daripada saya ikut sama lulus sebanyak RM800.

Selepas itu ahli parlimen Kuantan dan Pokok Sena juga dikatakan juga lulus mendapat bantuan berkenaan. Apa sesuatu yang tidak kena dengan sistem atau kaedah disaringkan oleh LHDN yang bertanggungjawab memproses kelulusan itu.

Saya tidak yakin LHDN jadi sebebal itu, tetapi apa yang dapat dirasakan ada anasir yang sengaja khianat menganggu usaha baik kerajaan itu. Apapun LHDN hendaklah perkemaskan sistem jaringan itu agar ia tidak menimbulkan keraguan daripada orang ramai.

Rasanya selain daripada Rosmah dan dua ahli parlimen itu, masih puluhan ribu yang layak untuk mendapat bantuan berkenaan seharusnya nama merekalah ditularkan biar kerajaan mempedulikannya. Apakah kerja-kerja anasir jahat itu sengaja nak memburukkan keadaan atau menyampaikan masej yang tidak jelas.

Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar Ibrahim, Wan Azizah hatta Dr Mahathir dan Muhyiddin sendiri akan disenaraikan layak menerima bantuan berkenaan.

Makanya kalau hendak bergurau, hendak mempersendakan, biarkan perkara-perkara yang masuk akal dan bukan perkara yang bebal dan turut sama mempengaruhi sama mereka yang tidak dapat menilai baik buruk dan munasabah dan tidaknya sesuatu perkara itu.

Apakah kerja itu dilakukan oleh anasir yang hendak menunjukkan kepakaran mereka boleh menerobosi sistem yang dibangunkan untuk mempermudahkan pemberian bantuan itu. Kalau anda hendak tunjuk kebolehan, kerja anda itu tidak dibanggai pun.

Dalam hubungan ini, bukan saja “pelancau” media sosial yang bangang, tetapi ada juga hal-hal gimik itu dilaporkan sama oleh portal berita utama dimana bila ia disiarkan maka isu itu makin menjadi perhatian dan dianggap serius. Sebagai portal dipercayai, cubalah selek sedikit bahan-bahan yang hendak disiarkan.Trims.

Sumber :