(Siri 1) Ke mana perginya duit USD50 juta dari Qatar? Ini penjelasannya

(Siri 1) Ke mana perginya duit USD50 juta dari Qatar? Ini penjelasannya

Program Bantuan Kemanusiaan Pelarian Rohingya Di Malaysia.

Terima kasih kerana bersabar menunggu. Saya akan terangkan mengenai projek ini dalam beberapa siri. Pertama nak terangkan mengenai aspek bantuan kewangan projek dahulu.

Ramai yang ingin tahu mana pergi USD50 juta itu. Saya lukislah supaya netizen jelas. Sila rujuk rajah yang disertakan dan nota keterangan. Kalau faham di situ baru kita boleh masuk cerita mengenai perincian projek.

Kita semua maklum tidak ada projek di dunia ini yang peruntukan diturunkan tanpa project proposal dan perjanjian ditandatangani. Oleh yang demikian hanya sebahagian kecil sahaja dari USD50juta itu yang telah disalurkan berdasarkan project agreement yang di tandatangani pada 13 September 2019.

Kita perlu faham ini BUKAN wang derma dari kerajaan Qatar. Ianya diperuntukan untuk perlaksanaan projek bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia sebelum di tempatkan ke negara ketiga atau pulang ke negara asal setelah konflik di negara mereka selesai. Ianya juga bagi meringankan beban kerajaan Msia yang selama ini menanggung keberadaan pelarian di Negara ini. Sektor yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Negara adalah Kesihatan, Pendidikan & Mandiri Kehidupan.

Setakat penglibatan saya, USD15 juta telah diperuntukan kepada sektor Kesihatan bagi tempoh 3 tahun dan perjanjian yang telah ditandatangani, hanya untuk tempoh 1 tahun pertama dahulu dengan kos projek sebanyak USD5.3juta sahaja.

Oleh kerana ini projek Kesihatan, maka NGO yg dipilih adalah NGO perubatan .(medical-based NGOs). Pemilihan 3 NGO perlaksana iaitu Mercy Malaysia, IMARET dan MRA telah dibuat oleh pihak Qatar sendiri dengan persetujuan kerajaan Msia setelah pihak Qatar membuat ‘due diligence’ ke atas semua NGO tersebut mengikut semakan piawai antarabangsa. Di antara aspek penilaian termasuk pengalaman di peringkat lokal & antarabangsa, urustadbir & pengurusan kewangan yg baik dan telah melalui proses tapisan keselamatan dari dalam dan luar Negara.

YKN tidak mengambil alih peranan MKN. Malahan YKN dan MKN mempunyai peranan yang berbeza dan YKN report to MKN untuk projek ini. Jadi isu nak kembalikan peranan pengendalian projek kepada MKN tidak timbul.

MKN & YKN juga tidak terlibat dalam menguruskan penyaluran kewangan. Ianya dibuat terus oleh pihak Qatar kepada NGO perlaksana di Malaysia. Laporan audit kewangan boleh diperolehi dengan melihat laporan audit kewangan NGO perlaksana dan juga YKN. Kita perlu faham laporan audit kewangan secara tahunan dan bukan setiap hari. Projek pun baru 7 bulan bermula.

Cukup untuk Siri 1. Faham yang ni dulu. Selepas ini saya akan terangkan mengenai status projek berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani.

Sumber :

COMMENTS