‘Sireh pulang ke gagang’ dakwa Afif merujuk gambar pertemuan Azmin dan Amirudin

‘Sireh pulang ke gagang’ dakwa Afif merujuk gambar pertemuan Azmin dan Amirudin

Penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan pertemuan mesra antara Menteri Kanan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebagai sirih pulang ke gagang.

Menerusi satu siri Tweet bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, beliau memuatnaik satu gambar yang dilihat mesra antara Amirudin dan Azmin dengan berpakaian formal.

“Sirih pulang ke gagang,” ciapnya ringkas yang dilihat bernada sindiran.

Bagaimanapun, Amirudin membalas Tweet tersebut dengan mengingatkan Ahli Parlimen Seberang Jaya berkenaan agar tidak melakukan ‘spin’ berkenaan gambar berlaga tumbukan tangan itu.

“Jangan spin banyak sangat, ini urusan kerajaan Negeri – Persekutuan yang berasaskan semangat profesional,” tulisnya.

Afif yang kini merupakan ahli Bersatu selepas keluar dari PKR kemudiannya membalas ciapan tersebut.

“Lama Dato Seri tak reply Tweet saya. Saya sentiasa berdoa Allah SWT kurniakan Dato Seri kekuatan dan hikmah dalam memimpin negeri Selangor,” tulisnya.

Pertemuan Azmin dan Amirudin di Central Walk, Shah Alam semalam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang dipengerusikan Azmin selaku Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berita penuh:

https://malaysiadateline.com/afif-sindir-amirudin-bergambar-mesra-dengan-azmin/#.Xvq8nyAnlzY.whatsapp

COMMENTS