Siddiq Fadzil meninggal dunia

Bekas Presiden Abim, Datuk Ustaz Siddiq Fadzil meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Abim Pusat iaitu tempat di mana Ustaz Siddiq mencurahkan bakti sebelum ini, ketika berita ini ditulis, jenazah Allahyarham masih di Hospital An Nur Bangi.

“Dengan rasa sedih dan penuh dukacitanya disampaikan bahawa Presiden Abim ketiga juga Murabbi kita, Prof. Ustaz Dato’ Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang, Selasa 31 Ogos 2021.

“Jenazah Almarhum masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak. Al-Fatihah,” kata kenyataan ringkas itu jam 7 petang tadi.

Ustaz Siddiq dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dibantu dengan alat pernafasan 28 Ogos lepas.

Ustaz Siddiq adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 2018, mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tahun 1970 an, mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tahun 1970 an, presiden ketiga ABIM tahun 1980 an dan juga mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pertama pada tahun 2005.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/bekas-presiden-abim-datuk-siddiq-fadzil-meninggal/

BACA JUGA : Wanita warga emas ditemui mati dalam rumah, sudah 5 hari meninggal

CATEGORIES