Sidang dewan rakyat ditangguh gara-gara ahli parlimen sangkut jalan banjir

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat pada pagi Selasa.

Keadaan ini menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan bahawa

sidang Parlimen ditangguhkan sementara kerana beberapa Ahli Parlimen terperangkap dalam banjir.

Beliau menggunakan Peraturan Mesyuarat 12(2) untuk mengumumkan penangguhan sidang tersebut.

Semakan mendapati bahawa beberapa jalan menuju ke Parlimen telah ditenggelami air akibat hujan lebat.

Sidang dewan rakyat ditangguh gara-gara ahli parlimen sangkut jalan banjir

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan bahawa banjir kilat di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) antara Bandar Utama dan Taman Tun Dr Ismail sudah surut sepenuhnya.

Terdahulu, banjir kilat menyebabkan dua lorong di lebuh raya tersebut ditutup sementara setelah ditenggelami air.

BACA: Tak mungkin Australia hantar pembunuh Altantuya pulang, rupanya ini sebab Australia berbuat demikian