Siapa sangka wanita umur 86 ni masih berkhidmat sebagai pramugari

Siapa sangka wanita umur 86 ni masih berkhidmat sebagai pramugari

Siapa sangka wanita umur 86 ni masih berkhidmat sebagai pramugari. Seorang warga emas di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Bette Nash, 86, mula berkhidmat sebagai pramugari pada tahun 1957. Dia meneruskan pekerjaan itu sehingga ke hari ini tanpa pernah diberhentikan.

Bette berkhidmat dengan syarikat penerbangan American Airlines selama 65 tahun.

Menurut Bette, sebahagian besar daripada perkhidmatannya adalah melibatkan laluan pe­nerbangan New York-Boston-Wa­shington kerana ia memudahkan wanita itu untuk berada di rumah pada waktu malam bagi menjaga anak lelakinya yang mempunyai masalah kelainan upaya.

Tambah Bettte, pada 2017, dia menyambut ulang tahun per­khidmatannya yang ke-60 bersama American Airlines sambil berkata, pekerjaan itu telah berubah dengan ketara berbanding ketika waktu dia mula berkhidmat.

Siapa sangka wanita umur 86 ni masih berkhidmat sebagai pramugari

“Dahulu, anda mesti memiliki ketinggian dan berat badan ter­tentu.

“Ia agak teruk kerana jika berat badan naik, anda perlu menurunkannya kembali dan sekira­nya gagal berbuat demikian, anda mungkin dipecat,” ujarnya.

Guinness World Records berkata, Bette juga merupakan pramugari tertua yang masih berkhidmat di dunia pada masa ini.

BACA:

Vanida Imran pilih pesilat negara jadi suami

Baby Shima ada anjing peliharaan?

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini

CATEGORIES