Siapa sangka tandas ini bernilai RM2.63 juta

Siapa sangka tandas ini bernilai RM2.63 juta

Siapa sangka tandas ini bernilai RM2.63 juta. SEBUAH tandas awam di salah sebuah daerah termiskin di Britain tidak semena-mena menjadi popular gara-gara pihak majlis daerah sanggup menghabiskan 500,000 pound sterling (RM2.63 juta) untuk melakukan kerja pengubahsuaian.

Akhbar tempatan di negara itu, The Sun melaporkan tandas tersebut sudah dirasmikan menerusi acara potong reben di Scarborough, North Yorks.

Ahli Majlis Perbandaran itu, Tony Randerson berkata, projek tersebut akan menjadi penanda aras transformasi tandas lain pada masa depan.

“Tandas tersebut sudah diubahsuai sepenuhnya dengan peralatan sanitasi baharu, saluran paip, dinding, kemasan lantai dan alat aksesori tambahan lain.

“Tandas itu juga memisahkan tempat bagi lelaki dan perempuan serta menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya dan individu dengan keperluan perubatan,” katanya.

Siapa sangka tandas ini bernilai RM2.63 juta

Kemudahan awam tersebut turut dilabelkan sebagai ‘hijau’ atau mesra alam sekitar dengan sinki dan cecair pembasmi kuman berkualiti tinggi yang hanya menggunakan 65 peratus air dan 85 peratus sabun.

Difahamkan, alat pengesan teknologi terkini dipasang untuk kegunaan tandas tersebut dan semasa buang air kecil bagi menjimatkan penggunaan air.

Majlis Daerah itu bercadang untuk mengenakan caj RM2 kepada pelanggan dalam usaha menampung kos pembinaan tandas tersebut.

Tandas tersebut menggunakan laluan masuk automatik dan menerima kaedah pembayaran menggunakan kad, tunai, Apple Pay dan Google Pay.

Bagaimanapun, pembinaan tandas tersebut menerima kecaman dari segelintir penduduk yang bergelut dengan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.

Seorang penduduk dikenali sebagai Mike Scaife menerusi media sosial mempersoalkan adakah nilai jutaan ringgit itu disebabkan menggunakan tombol emas di dalam tandas.

Phil Grainger pula meluahkan ketidakpuasan hati kerana dengan amaun besar seperti itu, lima rumah keluarga miskin dapat dibina.

Peter Johnson pula kecewa dengan mentaliti penjawat awam yang tergamak meluluskan peruntukan bajet sehingga jutaan ringgit bagi projek tersebut.- AGENSI

BACA:

Pakar sahkan harga kereta akan mencanak naik, beli sekarang atau ‘never’

Tentera Darat Malaysia buka pengambilan besar-besaran, mohon sekarang

Tiket konsert Dewa 19 habis dalam masa satu jam

CATEGORIES