Siapa sangka lukisan Francis Bacon ni bernilai RM231 Juta. Sekeping lukisan karya artis seni kelahiran Ireland, Francis Bacon yang memaparkan rakannya iaitu pelukis Lucian Freud dijual pada harga AS$52.5 juta(RM231.3 juta), demikian menurut rumah lelongan Sotheby’s.
Harga itu mencatat rekod baharu untuk karya Bacon yang dijual di London dan juga mana-mana lukisan panel tunggal olehnya.
Bertajuk Study for Portrait of Lucian Freud, lukisan itu dihasilkan pada tahun 1964 dan memaparkan Freud duduk di atas sebuah bangku.
“Lukisan ini menjadi bukti kebolehan Francis Bacon mencetuskan emosi dan mengabadikan perasaan manusia yang pelbagai dan komplek dalam bentuk lukisan,” kata Sotheby’s.
Kedua-dua artis seni itu merupakan kawan rapat tetapi juga pesaing yang teruja dengan ekspresi manusia. Mereka juga saling menjadi model dalam lukisan masing-masing.
Lukisan Bacon pada tahun 1959 bertajuk Three Studies of Lucian Freud dijual pada harga AS$142.4 juta (RM626.9 juta) dalam tahun 2013. Karya itu memegang rekod karya seni paling mahal sebelum diketepikan oleh lukisan Picasso, The Women of Algiers (Version O) dalam pada 2015.
Three Studies of Lucian Freud dibeli oleh Galeri Seni New York.
Bacon meninggal dunia dalam tahun 1992 dan Freud menghembuskan nafas terakhir pada 2011.
BACA:
Jemaah haji dari Malaysia ‘kantoi’ menipu tahap kesihatan, ada penyakit kronik
‘Move’ Jokowi bakal jadikan Indonesia kuasa baharu dunia?
Range Rover milik ‘influencer’ terkenal kena tarik selepas gagal bayar