Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, iaitu Tan Sri Mohamed Nazir telah berkongsi gambar majlis pernikahannya dengan Yati Zainuddin.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi Nazir Razak selepas beliau bercerai dengan Azlina Aziz sebelum ini.
Yati Zainudin, pengasas syarikat kosmetik, kini disatukan dengan Nazir Razak, di mana mereka sebelum ini pernah belajar bersama-sama di UK.
Nazir Razak berkongsi pengalaman menarik, mengungkap bahawa beliau pernah mengalami detik ‘friendzoned’ oleh Fatin Zainuddin, tetapi takdir akhirnya membawa mereka bersama pada ketika ini.
Melalui laman Instagramnya, Nazir menulis: “Saya telah berkahwin hari ini! Dengan Yati Zainudin.”
“Hidup ini sangat tidak dapat dijangka. Kisah kami bermula pada pertengahan tahun 1980-an, ketika itu kami belajar bersama di UK.”
Menariknya, Nazir Razak pernah mengalami sindrom Friend-zoned semasa zaman belajarnya, berusaha memikat hati Yati Zainuddin, namun pada masa itu, mereka hanya sekadar kawan.
Siapa sangka, hampir 40 tahun kemudian, mereka akhirnya jatuh cinta dan membina rumah tangga.
Nazir menambah, “Di sebalik semua usaha terbaik saya, kami ketika itu cuma kawan sahaja. Kemudian, kami mengikuti haluan kehidupan masing-masing; dia di New York selama 27 tahun lamanya.”
“Saya tidak pernah bermimpi bahawa haluan kami akan bertemu sekali lagi, terutamanya pada waktu ini. Takdir membawa kami bersama, dan kami bersyukur masih ada masa untuk membina kehidupan baru sebagai pasangan hidup.”
“Kami bersyukur kepada Allah SWT atas peluang ini.”
Akhir sekali, Nazir Razak mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan doa dan ucapan.
“Terima kasih atas ucapan yang telah kami terima. Kami sangat terharu dan akan mengambil masa untuk membalas ucapan anda.”
Majlis perkahwinan ini turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dan Raja Permaisuri Agong.