Apabila berbicara tentang makanan untuk pesakit gout, pasti makanan laut dan daging yang terlintas di fikiran dan perlu dielakkan.
Namun, sebenarnya bukan hanya dua jenis makanan tersebut yang perlu dikurangkan,
Tetapi terdapat beberapa makanan lain yang perlu dikawal pengambilannya jika anda mengalami masalah asid urik yang tinggi dalam badan.
Menurut perkongsian Dr. Suri Roowi di laman Facebooknya, makanan yang sering diambil dalam kehidupan seharian sering dianggap sesuai untuk pesakit gout.
Kajian terhadap 270 jenis makanan menunjukkan bahawa hati ayam, ikan bilis, dan suplemen spirulina adalah antara makanan yang tinggi kandungan purine.
Bagi mereka yang menghadapi masalah gout, makanan yang tinggi purine boleh menyebabkan gout jika diambil secara berlebihan.
Kandungan purine dalam makanan:
-Hati ayam: 312 mg/100g
-Ikan bilis: 1108 mg/100g
-Spirulina: 1269 mg/100g (suplemen)
Purine juga banyak terdapat dalam organ dalaman lain. Daging merah mempunyai kandungan purine yang lebih tinggi berbanding daging putih.
Daging seeloknya dibasuh sebelum dimasak untuk mengurangkan kandungan purine. Dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kuah daging kerana banyak bahan purine terdapat dalam kuah tersebut.
Elakkan mengambil madu tiruan dan produk makanan atau minuman yang mengandungi sirap fruktosa tinggi.
Kurangkan pengambilan sayur seperti asparagus, bayam, kubis bunga, dan cendawan. Kajian oleh Dr. Mark M mendapati bahawa mereka yang mengambil soya mempunyai risiko gout yang lebih rendah berbanding mereka yang kurang mengambil soya.
Sumber Alami yang Baik untuk Gout: Antara sumber alami yang baik untuk pesakit gout adalah:
-Peria
-Bunga krisan
-Kulit kayu manis
-Cekur
-Mengkudu hutan
-Daun betik
-Empulur nenas
Buah betik dan nenas merupakan antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ini disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yang dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak terdapat dalam empulur nenas.
Enzim papain dari betik mempunyai sifat anti-radang, membantu tubuh menjadi beralkali, dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu dalam penghadaman protein.
Sumber alami lain yang boleh digunakan termasuk misai kucing, ceri, saderi, buah belinjau, dan kunyit (curcumin).
Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor jika keadaan terlalu serius. Jaga pemakanan anda!
BACA: Exco Pahang jawab dakwaan kadar sewaan kedai di Cameron dari RM500 jadi RM7500