Siapa sangka Honda Ex-5 kini cecah nilai RM12,000

Siapa sangka Honda Ex 5 kini cecah nilai RM12000

Siapa sangka Honda Ex-5 kini cecah nilai RM12,000. Selepas Yamaha RX-Z menggemparkan arena sukan permotoran dengan harga jualan tidak masuk akal mencecah puluhan ribu ringgit, kini fenomena itu ‘berjangkit’ pula kepada jenama Honda.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga terkini bagi sebuah motosikal Honda EX-5 Dream baharu mencecah RM12,000 iaitu naik lebih sekali ganda pada harga asalnya dahulu.

Harga asal motosikal tersebut sebelum ini adalah bawah RM5,000.

Berdasarkan perkongsian tersebut motosikal yang diletakkan di sebuah kedai itu dikatakan dalam kondisi ‘NOS’ (New Old Stock) dan tidak pernah digunakan lagi.

Difahamkan, kebanyakan motosikal Ex-5 Dream dan High Power kini melambung harganya selepas tiada lagi pengeluarannya selepas ia digantikan dengan model baharu.

Siapa sangka Honda Ex-5 kini cecah nilai RM12,000

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga motosikal itu ketika ini dan mereka menyifatkan bahawa harga tersebut tidak masuk akal.

“Simpan buat denak sajalah, sampai RM12,000, RM13,000, baik beli kereta dah tentu tayar empat. Hujan panas tak kena,” tulis Sabri Gerik.

No photo description available.

“Rugi beli sampai RM12,000, di kampung aku original Ex-5 pak long depan rumah nak jual RM3,000 je,” kata Black Raiders.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jamsari.

“Motosikal harga RM12,000 inilah aku bagi ‘free’ dekat kawan aku sebab dia tak ada kenderaan nak pergi kerja. Motosikal baru aku letak di rumah tak guna, jadi aku bagi kawan aku guna tanpa minta satu sen pun. Selepas motosikal itu kena curi, cuma tinggal geran saja,” ujarnya.

BACA:

Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar

Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos

Padah guna oil treatment, keadaan enjin Axia buat netizen terkejut

CATEGORIES