Siapa sangka dengan sekeping kertas ini mampu hilangkan karat pada mangkuk jamban

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Mangkuk jamban anda berkarat dan tidak tahu cara menghilangkannya?

Jangan risau kerana penulis telah menemukan satu kaedah mudah untuk dicuba.

Bukan hanya di mangkuk jamban, malah kesan karat di tempat lain dalam bilik air anda juga boleh dihilangkan.

Kaedah ini telah dikongsikan oleh saudara Zakwan Anwar melalui pengalamannya menggunakan kertas pasir 1000Cw.

Menurutnya, glaze pada seramik tidak akan hilang dan menjadi kusam.

Siapa sangka dengan sekeping kertas ini mampu hilangkan karat pada mangkuk jamban

Malah, chrome pada lever cistern juga akan bersih dan berkilat walaupun sudah berbintik dan berlumut.

TEMPAT LAIN PUN BOLEH DICUBA DISENTAL MENGGUNAKAN KERTAS PASIR!

Ini adalah pengalaman penulis mencuci tandas rumah lama yang tidak berpenghuni hari ini.

Dengan hanya menggunakan kertas pasir gred 1000Cw, kesan karat (rust) pada mangkuk tandas dan jubin dapat dihilangkan dengan cepat. Ini bukan masalah seperti mold, mildew, atau noda biasa seperti najis.

Yang penting, glaze pada seramik tidak hilang (tidak menjadi kusam). Ia menjadi lebih berkilat dan berseri. Chrome pada lever cistern juga kelihatan kembali cantik walaupun chrome lama itu sudah berbintik dan berlumut.

PROSES MEMBERSIHKAN:

1.Pastikan kertas pasir dan permukaan dibasahkan semasa menggosok.
2.Elakkan menggosok dalam keadaan kering.

Siapa tahu, jika anda mengalami masalah yang sama, boleh cuba kaedah ini.

BUKAN SEKADAR MANGKUK JAMBAN, KARAT DI TEMPAT LAIN JUGA HILANG!

1.KESAN KARAT PADA JUBIN
2.KESAN BINTIK & LUMUT PADA CHROME DI LEVER CISTERN

BACA: Pertubuhan peladang kebangsaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini