Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Namun, ada segelintir individu yang mengambil jalan pintas
Hanya untuk cepat kaya dengan cara menagih simpati masyarakat.
Itulah yang terjadi apabila 12 individu, termasuk warga asing, ditahan kerana terlibat dalam aktiviti mengemis di Jalan Sukhumvit, Bangkok, Thailand pada Khamis, 12 Disember.
Operasi untuk membanteras pengemis ini dilancarkan selepas pihak polis menerima banyak aduan
Daripada orang awam yang merasa terganggu dengan aktiviti mengemis yang semakin berleluasa.
Menurut jurucakap polis, serbuan tersebut menyaksikan lapan warga Thailand, dua rakyat Kemboja, serta dua individu masing-masing dari Laos dan Myanmar ditahan.
Mereka ditangkap kerana mengemis di tempat awam, dengan empat daripada mereka turut didakwa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Lebih mengejutkan lagi, pihak polis menemui wang berjumlah 1 juta baht (RM130,420) dalam akaun simpanan salah seorang suspek yang ditahan.
Ini menambah bukti bahawa kegiatan mengemis tersebut bukan hanya melibatkan individu yang memerlukan bantuan, tetapi juga telah menjadi satu modus operandi untuk meraih keuntungan.
Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Lumpini untuk siasatan lanjut dan tindakan selanjutnya.
BACA: Diana Danielle dedah dia hanya ambil 2 projek berlakon setahun ini sebabnya