Siapa ada duit RM50 dengan no siri ini, nilai sebenarnya boleh cecah RM700,000 sekeping mat! Cuba cek wallet korang

Oleh INFORAKYAT

Siapa ada duit RM50 dengan no siri ini, nilai sebenarnya boleh cecah RM700,000 sekeping mat! Cuba cek wallet korang.,

Ada antara kita yang gemar mengumpul barang-barang edisi terhad yang di mana pengeluarannya sangat sedikit dan terhad.

Mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk memiliki barangan edisi terhad.

Siapa ada duit RM50 dengan no siri ini, nilai sebenarnya boleh cecah RM700,000 sekeping mat! Cuba cek wallet korang

Antara barangan edisi terhad yang menjadi perhatian ramai ialah wang lama yang mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri contohnya wang kertas RM50 yang mempunyai nombor siri ‘0000001’ dengan awalan ‘AA’.

Wang edisi khas yang dikeluarkan pada tahun 2007 itu dikatakan telah dilelong dan kemudian dibeli oleh individu yang tidak dikenali dengan harga RM 708,000. Menurut kenyataan Facebook oleh Trigometric Auctions, selain nombor sirinya yang unik, wang kertas tersebut juga dikeluarkan sebagai peringatan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia.

Dalam catatan lain, Trigometric Auctions mendedahkan nota edisi khas bernombor siri ‘7’ itu dijual kepada seseorang di Singapura, manakala nombor siri ‘9’ dimiliki Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi

Dalam laporan 2007 oleh The Star, difahamkan bahawa gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyampaikan nota bernombor siri AA0000009 kepada perdana menteri kelima.

Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi

“Dengan maklumat terkini yang ada, kita tahu sepuluh nombor teratas semuanya diberikan kepada pegawai tinggi negeri, (seperti) Sultan dan Agong,” tulis Trigometric Auctions dalam catatan yang memaparkan wang kertas peringatan RM50 dengan nombor siri 2.

Dikatakan bahawa edisi khas mempunyai tepi berwarna kuning, manakala edisi lain mempunyai tepi berwarna kelabu.

 

 

Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi

Menurut pengarah Trigometric Auctions, Hann Boom berkata kebanyakan daripada wang kertas edisi khas ini dibeli oleh pakar numismatis, mungkin sebagai pelaburan.

Menurut Hann lagi, kesemua wang kertas ini dibeli mungkin untuk dijadikan sebagai pelaburan. Mereka mungkin menyimpannya seketika dan menjual semula pada harga lebih tinggi.

Pada lelongan lain minggu lepas, wang kertas $25 Sarawak tahun 1929 dilelong pada harga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual pada harga RM188,800, manakala lelongan hujung minggu telah mencatatkan sejumlah RM8 juta, yang melibatkan kira-kira 700 orang pembeli.

Mengulas lanjut mengenai nota Sarawak, Hann berkata terdapat hanya 15 daripada nota sedemikian di dunia, beberapa daripadanya digredkan oleh firma bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan firma China-Malaysia.

Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi

“Kami menghantar syiling atau nota kepada syarikat ini yang akan menilai dan menggredkannya dengan sewajarnya,” kongsinya.

“Harganya juga bergantung pada cara pemilik menyimpannya. Ia disimpan dalam sarung untuk memastikan ia tidak terdedah kepada udara atau apa-apa objek lain yang boleh merosakkan wang kertas tersebut.”

Hann berkata hanya terdapat kira-kira 20 pakar numismatis yang serius dan 600 pengumpul kasual di Malaysia. Beliau berkata pengumpul kasual membeli nota dengan harapan dapat menjualnya kemudian.

“Pasaran Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini kerana peningkatan itu berlaku dari semasa ke semasa. Ia boleh menjadi hobi tetapi akhirnya boleh menjadi sesuatu yang boleh digunakan untuk mengaut keuntungan besar,” katanya lagi.

BACa:

“Cukuplah, cukup Jangan tunggang nama orang Melayu lagi”, Najib bidas Tun Mahathir

Aku bawa mak jumpa perempuan tu senyap-senyap bila bertentang mata, ayah terus nangis terketar melutut depan mak, rupanya..”