Siang kerja pejabat, malam meniaga laksa, kesungguhan lelaki ini dipersoal ‘bila masa dia prepare bahan meniaga?’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, ramai dalam kalangan kita yang mula mencari sumber pendapatan sampingan.

Tidak dinafikan juga ada yang membuat perniagaan sampingan kerana hobi dan ingin membantu keluarga.

Cakap pasal meniaga ni, min nak kongsi dengan korang satu video pendek dari TikTok.

Siang kerja pejabat, malam meniaga laksa, kesungguhan lelaki ini dipersoal 'bila masa dia prepare bahan meniaga?'

Menurut pengguna TikTok ini, teman lelakinya menjual laksa dan mi rebus selepas waktu bekerja. Korang boleh tengok video @aemalynn dibawah, teman lelaki dia masih pakai baju kerja tu.

Siang kerja, malam meniaga

@aemalynn Bukit jelutong & Shah Alam people, come and support my boyfriend’s laksa business please 🥹 dia kerja pagi malam, weekdays and weekends, i yg penat tengok dia 😭 Laksa Shock! Stall 🍜 📍Location: Restaurant Mak Uda, Bukit Jelutong. 🚙 WAZE: Laksa Shock Bukit Jelutong #foodie #foodtiktok #foodiekl #shahalam #laksa #laksapenang #cravings #foodietiktok #foodieshahalam #foodstall #meerebus #bukitjelutong #laksaviral #fypシ #tiktok #supportsmallbusiness #supportlocal #kl ♬ original sound – 🎵


Memang hebat betul semangat teman lelaki wanita ini bekerja. Walaupun tak pasti atas sebab apa teman lelakinya berniaga, tapi semangat itu harus dipuji. Bukan senang nak cari lelaki macam tu sekarang ni tau.

Screenshot 2023 10 08 At 12.54.59 PmMin pun tertanya gak pasal preparation kuah dan bahan, rupanya dah dijelaskan dekat komen. Ada ada beradik yang sangat supportive tolong set up semua. Memang terbaik!

Screenshot 2023 10 08 At 12.55.13 PmKerja korporat, meniaga laksa dan mi rebus waktu malam, dan masih ada masa untuk spend dengan pasangan, min sejujurnya rasa teman lelaki ini adalah permata yang layak dijadikan suami.

Screenshot 2023 10 08 At 12.55.30 PmBetul, min setuju. Kerja-kerja yang dibuat tu semuanya halal. Untuk kebaikkan masa depan, baik satukan dua jiwa ini.

Screenshot 2023 10 08 At 12.55.54 PmTakpa untuk yang sama jauh macam min, kita doakan mereka bertemu jodoh. Selain tu, kita doakan juga bisnesnya maju jaya.