Shuib merajuk tak nak join Sepahtu Reunion akhirnya Jep pula bersuara, rupanya ini kisah dia. sekian lama mendiamkan diri berhubung penarikan diri Shuib daripada Sepahtu Reunion Live (SRL), pelawak Jep akhirnya mendedahkan punca sebenar
Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin, 38, berkata, kisah pengunduran Shuib daripada SRL bermula apabila pelawak itu melakonkan salah satu babak yang didakwa ada aksi lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Disebabkan itu, Shuib digantung serta diminta membuat permohonan maaf secara terbuka sebagai pengajaran namun dia tidak dapat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Jep jawab kenyataan Shuib tentang cubaan pujuk sertai semula Sepahtu Reunion.
“Ceritanya bermula apabila ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk daripada penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.
“Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.
“Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.
“Setelah meminta maaf, dia masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu dia memberi kata dua sekiranya dia masih digantung dua minggu, dia pilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal,” katanya.
Jep berkongsi pekara itu di akaun Instagram miliknya pada petang Ahad sebagai menjawab kenyataan Shuib yang menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali menyertai program berkenaan.
Shuib berkata Sepahtu sedia maklum mengenai keputusannya dan punca dia tidak mahu kembali menyertai program tersebut buat masa ini.
Dalam pada itu, Jep berkata, pihaknya sememangnya tidak memujuk Shuib namun ada mempelawanya untuk sama-sama kembali membuat kemunculan dalam program tersebut.
Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya.
Bagaimanapun dakwanya, ajakan tersebut tergantung begitu sahaja kerana tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya sehingga ke hari ini.
Namun kata Jep, Sepahtu tidak pernah membuang pelawak berkenaan.
“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.
Antara babak Jep dan Shuib di dalam Sepahtu Reunion.
“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia.
“Sepahtu tidak pernah buang dia malah di satu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Di saat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu-mangu,” ujarnya.
Sementara itu, Jep berharap agar peminat SRL tidak lagi berharap mereka bersama memandangkan Shuib seperti sudah tidak berminat untuk kembali ke pangkuan Sepahtu.
Malah dia juga berharap agar Shuib berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan ketika ini.
Jep minta peminat tidak lagi mengasak Shuib.
“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah-indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan.
“Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Di mana pun dengan siapa pun. Semoga berjaya,” luahnya.
Dalam pada itu mStar cuba mendapatkan Shuib bagi menjelaskan isu ini.
Sepahtu Reunion Live ditayangkan pada setiap Jumaat pada pukul 9 malam di saluran Astro Warna HD 107.
BACA :
Saham Boustead melonjak selepas LTAT buat tawaran ambilalih
“Pulak dah! Kejap Zara Zya, kejap Watie? Mana 1 ni Shuib oi”, soal netizen