Shopee tak sempat nak mengucap! Asbab kongsi rezeki dengan staff, jualan Khairul Aming pecah rekod baru!P
ersonaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming memuat naik video pencapaian terbarunya dalam jualan Sambal Nyet miliknya.
Semalam, mereka telah memecah satu rekod baru sepanjang tiga tahun perniagaan apabila sebanyak 13,000 botol sambal berjaya dijual hanya dalam masa dua minit sahaja.
Menerusi video yang dikongsikan ini, Khairul Aming berkongsikan suasana semasa jualannya menerima sambutan yang begitu menggalakkan daripada pembeli. Malah telefonnya juga tidak henti-henti menerima notifikasi pembelian dengan sangat laju sehingga membuatkan usahawan itu tergamam melihatnya.
“Korang tengok, weh lajunya… Dah berapa terjual ni? Handphone aku dah hanged.”
Rekod terbaru yang berjaya dicapai oleh Khairul Aming ini telah menerima pujian dari netizen yang turut sama kagum melihat pencapaiannya ini. Dalam masa yang sama, netizen menganggap kejayaan yang diraih usahawan ini sebagai asbab dari tindakan usahawan itu yang gemar berkongsi rezeki dengan pekerjanya.
Sebelum ini, Khairul Aming viral di media sosial apabila dia membawa para pekerjanya untuk membeli baju raya selain turut memberikan bonus sempena permintaan berganda pada bulan Ramadan ini. Ujar netizen, sikap pemurah yang ditunjukkan oleh usahawan ini wajar dijadikan contoh kepada mereka di luar sana.
View this post on Instagram
“Ni la rezeki orang pemurah, abang tak berkira dengan staff Allah tak berkira dengan hambaNya.”
“Kau punya sedekah menyantuni staff kau pun macam laju gedabak kau keluarkan duit, bagi bonus berkeping-keping note 50, bawak bercuti. Macam mana lah Allah tak bagi sambal nyet kau laku keras macam ni…”
BACA:
Apa akan jadi pada penduduk setempat kalau highland tower dibangunkan semula?