Shila Amzah dikecam selalu buat muka sombong ketika juri bagi komen

Shila Amzah dikecam selalu buat muka sombong ketika juri bagi komen

Shila Amzah dikecam selalu buat muka sombong ketika juri bagi komen. Debaran pentas akhir program Gegar Vaganza ke-9 semakin terasa setelah berlangsungnya persembahan separuh akh1r baru – baru ini.

Namun begitu, ada segelintir pihak mendakwa Shila Amzah menunjukkan reaksi wajah ‘somb0ng’ ketika menerima komen – komen negatif daripada juri GV9.

Namun begitu, Shila men3pis dakwaan tersebut dan menganggap isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menanam kebencian terhadap dirinya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shila Amzah (@shahilaamzah)


“Apa yang boleh saya katakan, orang – orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan.

Shila Amzah dikecam selalu buat muka sombong ketika juri bagi komen

“Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.

“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okey sahaja,” ujarnya kepada MH.

Tambahnya lagi, disebabkan ‘ear monitor’ yang dipakainya membuatkan pendengaran sewaktu di atas pentas terb4tas.

“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut.

“Itu wajah fokus saya.pernah ke saya buat ‘rolling eyes’ semasa menerima komen juri? Rasanya tak pernah.

“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear monitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul – betul untuk mendengarnya ketika atas pentas,” tambahnya lagi.

BACA:

Trend solekan ‘Thailand style’ makin popular, nampak gebu dan natural

Diva AA menangis sampai kering air mata, ini yang berlaku

Khabar angin GPS tarik diri sokong Muhyiddin bertiup kencang

CATEGORIES