Shazni Munir dipilih sebagai ketua pemuda baru AMANAH

Shazni Munir dipilih sebagai ketua pemuda baru AMANAH

Shazni Munir Ketua Pemuda AMANAH Nasional Yang Baharu

Pemuda AMANAH Nasional pada hari ini telah selesai mengadakan pemilihan Ketua Pemuda AMANAH Nasional dalam satu mesyuarat khas pemilihan Ketua Pemuda AMANAH bertempat di Wisma AMANAH Negara.

Turut dipertandingkan jawatan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional dan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional kerana jawatan tersebut perlu dikosongkan bagi membolehkan calon masing-masing bertanding dalam pemilihan hari ini.

Seramai 34 exco Pemuda AMANAH Nasional termasuk Ketua-ketua Pemuda AMANAH Negeri seluruh Malaysia, terlibat dalam pemilihan pada hari ini. Berikut adalah keputusan pemilihan:

Ketua Pemuda:
SHAZNI MUNIR BIN MOHD ITHNIN

Timbalan Ketua Pemuda:
MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN

Naib Ketua Pemuda:
MOHD HISYAMUDIN BIN GHAZALI

Pemuda AMANAH bertekad untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan kleptokrat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terus mendokong kepimpinan AMANAH yang diterajui Presiden AMANAH, YB Tuan Hj Mohammad bin Sabu.

Khairuddin Daud
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Nasional

4 Julai 2020