Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam. Aktor Sharnaaz Ahmad berang tindakan produksi yang masih mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu hingga pelakon dan kru ‘lunyai’ akibat bekerja lebih masa.

Menerusi hantaran dibuat dalam Instagram Stories (IGs), aktor sensasi itu meluahkan kemarahannya terhadap sebuah produksi yang didakwa menjalani penggambaran memakan masa hingga 20 jam sehari.

“Produksi bodoh mana yang masih lagi melakukan kerja penggambaran hingga 20 jam sehari?

“Macam mana mereka semua ini layak dapat lesen untuk buka syarikat produksi. FINAS sila pantau.

“Apapun, bukan di set aku. Kalau set aku, memang kena tendang penerbit dan pengarah,” tulis Sharnaaz..

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Bengang sikap degil produksi dianggap sebagai punca utama, pelakon filem Jebat ini meminta persatuan penggiat seni yang berkaitan dapat memantau, sekali gus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan budaya lapuk ini tidak berulang.

“Budaya ‘lenjan’ artis dan kru ini masih perlukah pada zaman 2022 ni?

“Produser tamak nak jimat kos, laksanakan penggambaran lebih masa, artis dan kru tak mampu nak buat yang terbaik sebab penat dan penerbit tarik muka.

“Kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), mana kerja 12 jam kami (artis dan kru)

“Minta pantau produksi yang jahanamkan industri. Kalau nak terlajak sampai 14 jam, kami masih boleh terima, tetapi bukan hari-hari,” luah Sharnaaz.

Isu pelakon dan kru produksi ‘lunyai’ tercetus selepas peralihan ke fasa endemik.

Ia berikutan tempoh penggambaran tidak menentu, lebih masa dan menjadi kucar-kacir disebabkan kebanyakan syarikat produksi terpaksa mengejar jadual tayangan selepas penggambaran tertangguh selama dua tahun.

Sehubungan itu, demi menjaga kebajikan penggiat industri perfileman, SENIMAN pernah bercadang untuk mengehadkan tempoh kerja penggambaran kepada 12 jam sahaja.

BACA:

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

Staf UPM kantoi bagi komen lucah di live Tiktok

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya

CATEGORIES