Sharnaaz Ahmad dedah kenapa belum ada perancangan untuk kahwin lagi

Oleh AHMAD SULAIMAN

Walaupun Sharnaaz Ahmad tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Amelia Christie

Namun umum ‘faham sendiri’ selepas melihat kemesraan yang dipamerkan kedua-dua selebriti itu.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Melodi TV3, Sharnaaz berkata dia belum mempunyai sebarang perancangan

Sharnaaz Ahmad dedah kenapa belum ada perancangan untuk kahwin lagi

untuk mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya terlerai.

Katanya, dia tidak mahu memberikan sebarng janji terhadap kekasihnya kerana bimbang perkara itu akan menyakitkan banyak pihak.

“Saya tak ada lagi perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas perceraian. Ya, saya berkawan dengan gadis itu, tak ada apa nak sorok-sorok.

“Tetapi ke arah yang lebih mana tu tak tahu lagi. Saya tak nak menjanjikan sesuatu yang menyakitkan hati sesiapa.

“Nawaitu saya untuk anak saya, saya nak kerja, buat yang terbaik dalam kerjaya dan perniagaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut berharap Amelia akan berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

“Untuk Amelia sudah tentu saya nak tengok dia maju dalam bisnes bakal diceburi. Dia pun muda, baru 23 tahun.

“Saya nak tengok dia melangkah lebih jauh, itu saya punya perancangan. Kahwin? Tak ada lagi,” katanya.

Sharnaaz turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya, Jebat Jayden selesa dengan Amelia apatah lagi sikap wanita itu yang pandai melayan kerenah kanak-kanak tersebut.

“Nombor satu, dua dan tiga anak saya jadi bagi menang hati anak saya dulu, tapi kalau dia cakap ‘Baba, cancel’… Sorrylah,” katanya lagi.

BACA: “Suami hanya akan meniduri aku lepas pulang dari kerja dan tinggalkan aku seperti perempuan langganan, rahsianya terbongkar apabila aku terbaca..”