Sewa tanah untuk kebun di Cameron Highlands naik 500 peratus

Sewa tanah untuk kebun di Cameron Highlands naik 500 peratus

Anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Zin menjelaskan kenaikan harga sewa tanah berdaftar sebanyak RM4,500 bagi pekebun sayur-sayuran di Cameron Highlands akan turut sama memberi beban kepada pengguna.

Jelasnya, sebelum ini pekebun hanya diminta membayar Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sebanyak RM900.

Justeru kata bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu, kenaikan harga sewaan mendadak sehingga 500 peratus ini dilihat tidak munasabah.

“Jika kos (sewa tanah) meningkat, pekebun terpaksa menaikkan harga sayur-sayuran dan beban itu akan dipindahkan kepada pengguna.

“Kita rakyat Malaysia akan mengalami kenaikan barang, ini akan beri impak negatif yang sangat-sangat serius kepada keselamatan bekalan makanan negara kerana harga makanan jadi mahal,” katanya.

Sim juga memberitahu dengan kenaikkan kadar sewaan itu juga ia akan menjejaskan lebih 2,000 orang pekebun di Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum berkenaan cadangan supaya harga sewa itu dikaji kembali bersama beberapa pekebun dari Cameron Highlands kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata seramai 1,018 pekebun sayur di Cameron Highlands yang sebelum ini beroperasi di tanah berstatus LPS akan ditawarkan meneruskan operasi mereka menerusi sewaan berdaftar.

Jelasnya, langkah menawarkan sewaan kepada pekebun di kawasan itu memberikan banyak kebaikan seperti menyediakan keseimbangan antara aktiviti pertanian dan kelestarian alam.

Sementara itu, Chiong menggesa agar kerajaan Pahang mempertimbangkan harga kadar sewaan tersebut.

Tambahnya, pekebun Cameron Highlands sudah berdepan banyak cabaran sejak bermula perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan kekangan pekerja dan sayur-sayuran tidak terjual.

“Pekebun Cameron Highlands bukan pekebun yang ada sehingga 50 ekar tanah, mereka hanya ada dua atau tiga ekar atau paling maksimum lima ekar.

“Saya harap Loke akan membangkitkan isu ini dalam Dewan Rakyat supaya suara pekebun Cameron Highlands dapat didengari. Saya rasa isu ini juga (dapat) berbincang dan debat (dalam) Dewan Rakyat,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/535764

COMMENTS