Sewa supercar untuk beraya dah jadi trend warga kota, kos cecah RM8K sehari. Gara-gara ingin nampak bergaya ketika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri selepas dua tahun ‘terkurung’ akibat Covid-19, ada warga kota yang sanggup berhabis duit sehingga RM7,999 sehari untuk menyewa kenderaan mewah dan supercar.
Walaupun baru saja memasuki bulan Ramadan, sebahagian tempahan kenderaan mewah di beberapa syarikat sewa kereta di sekitar Lembah Klang telah habis ditempah untuk kegunaan hari raya.
Antara kenderaan yang mendapat permintaan luar biasa seperti Lamborghini, McLaren, Ferrari, Ford Mustang, Nissan Skyline, Mercedes-Benz dan Toyota Alphard.
Antara kereta sport mewah yang mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan ini.
TONTON:
BACA:
Selepas setahun kahwin, Harris luah perasaan sebenar terhadap Neelofa
Petua telur rebus cantik dan berkilat, hanya guna 2 bahan sahaja