Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa sebarang tindakan masih dalam pemerhatian parti.
“Apa yang tular itu adalah palsu, dan tiada tindakan dikenakan terhadap Mohd Saifizi.
Namun, perkara ini masih dalam perhatian parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Tanglung Kelantan 2024, malam tadi.
Terdahulu, tular kenyataan media yang mendakwa Mohd Saifizi dikenakan tindakan disiplin
kerana memberi ucapan yang dikatakan tidak berintegriti dan amanah semasa Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pahang baru-baru ini.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS telah membuat keputusan untuk menggantung keahlian Mohd Saifizi sehingga satu tempoh yang akan ditentukan-nya
Baca:Menipu dan tunggang nama arwah, anak bekas Adun Mahkota sekolahkan Annuar Musa