Setiap hari isteri bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin akhirnya dia menyesal bila suami cari wanita lain

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Layanan serta sikap terhadap pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sebagai contoh, seorang isteri sepatutnya mentaati dan menghormati suaminya yang telah penat mencari rezeki, selain membantu menguruskan rumah tangga, memasak, dan lain-lain.

Dalam satu hantaran yang tular di Facebook, seorang lelaki berkongsi luahan hati mengenai sikap isterinya yang didakwanya tidak menghormati dirinya.

“Normal ke kalau pagi-pagi korang nak pergi kerja, bini masih lagi tak bangun tidur?

Hampir setiap hari. Subuh? Jenuh nak suruh bangun. Hari minggu pun sama je,” ujarnya.

Setiap hari isteri bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin akhirnya dia menyesal bila suami cari wanita lain

Menurut lelaki tersebut, dia dan isterinya telah tiga tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.

Isterinya merupakan seorang suri rumah dan sepatutnya cekap menguruskan rumah tangga. Namun, dakwanya, kebanyakan tugas di rumah terpaksa dilakukan olehnya selepas pulang bekerja.

“Balik je kerja, anak dekat rumah, aku yang banyak uruskan. Bagi susu, basuh botol, cebok berak, mandikan, tukar baju pampers aku yang banyak buat. Tidurkan anak pun aku yang buat. Bini aku cuma uruskan makan pakai anak.

“Masak untuk aku dekat rumah pun jarang-jarang, banyak beli makanan luar je. Dia pun jenis tak pandai nak berdikari sangat, lesen kereta motor pun tak ada, banyak benda mengharapkan aku yang buat,” kongsinya lagi.

Sudahlah kerja rumah pun dibuat ala kadar, tambah lelaki tersebut, isterinya juga tidak mengambil endah soal layanan di bilik tidur.

“Masa bersama? Dua, tiga kali je sebulan boleh dapat. Jujur cakap, aku ni bertahan sebab fikirkan anak je, kalau takde anak mungkin aku dah angkat kaki.

“Aku tak tahulah macam mana lagi nak ubah perangai dia. Nak ajak dia solat jemaah sekali pun punya la payah. Baru tiga tahun geng, bertahun-tahun lagi nak kena tempuh ni. Aku rasa stres, rasa tak seronok nak hidup macam ni.

“Aku tak minta apa pun, aku cuma impikan seorang isteri yang boleh hormat dan layan aku selayaknya sebagai seorang suami. Itu sahaja,” luahnya.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang simpati dari warga maya yang memberikan nasihat untuk memulihkan kembali rumah tangganya.

“Aku rasa kau berlembut sangat dengan bini. Kau tengking sikit bagi dia sedar. Cakap kalau tak berubah, hantar dekat ibu bapanya.

“Bawa isteri bercuti pun salah satu cara untuk baiki.

“Bab solat dan agama kena tegas. Biarlah dia kena buat dalam keadaan terpaksa, InsyaAllah lama-lama dia akan rasa lain bila tak solat,” komen beberapa netizen

BACA: Baru tahu rupanya kangkung, menu terkenal di Malaysia rupanya haram di Amerika tapi kenapa?