Setelah berkuasa Pas tetap gagal kawal jualan arak di Pulau Pangkor

Setelah berkuasa Pas tetap gagal kawal jualan arak di Pulau Pangkor

Cukup sedap Ketua Muslimat Pas Perak bercakap. Sekarang dah jadi sebahagian dari kerajaan negeri, apa lagi, ubah la sistem tu.

Sebelum ini, dalam isu arak sebagai bebas cukai di Pulau Pangkor, kenyataan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan Perak di era pemerintahan Pakatan Harapan disifatkan seperti “BELANDA DAPAT TANAH”

Berikut kenyataan beliau sebelum ini yang dipetik dari HarakahDaily :

Kerajaan PH Negeri Perak disifatkan seperti ‘Belanda dapat tanah’ apabila tetap memasukkan arak sebagai item bebas cukai di Pulau Pangkor yang diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai disebalik bantahan dizahirkan rakyat.

Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, hal itu disahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada soalan lisan Ahli Dewan Negara, Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid baru-baru ini.

“Parti pembangkang khususnya PAS dari awalnya telah menentang dan membahaskan arak tidak wajar dipilih sebagai item bebas cukai dari dalam Sidang DUN lagi. Kebebalan politik apakah sedang berlaku kini yang menyebabkan PH tetap mahu melaksanakan?

“Kita (PAS) tak tentang kerana peribadi mereka. Tetapi yang kita tentang kerana mereka tidak melaksanakan amanah negara dengan baik, malah membawa ke arah kehancuran,” selar Dr Najihah.

Tambahnya lanjut, minuman keras merupakan item yang cukup jelas ditetapkan di dalam al-Quran bahawa ia haram, maka sangat tidak wajar bagi mana-mana pihak mahu mempertimbangkan atau melaksanakan arak sebagai item bebas cukai.

“Pada keadaan seperti inilah mereka (PH) harus menunjukkan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin. Jika arak semakin berleluasa dan menyumbang kepada pelbagai salah laku jenayah, maka dimanakah rahmat untuk sekalian alamnya?” soal beliau

Dr Najihah turut mengulas dan menggesa pihak kerajaan yang berautoriti dalam hal ini khususnya Menteri Agama agar menyekat dan menyuarakan ketegasan dalam korum kerajaan bagi menangani isu ini dengan segera.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/04/arak-bebas-cukai-ph-seperti-belanda-dapat-tanah/

COMMENTS