Setelah 2 bulan masjid ditutup, Brunei benarkan solat Jumaat dengan SOP ketat

Setelah 2 bulan masjid ditutup, Brunei benarkan solat Jumaat dengan SOP ketat

Kami telah selesai melaksanakan Solat jumaat setelah hampir 2 bulan masjid di tutup, dan pada hari ini Negara Kesultanan Brunei Darussalam telah membuka pintu-pintu masjidnya dengan kadar SOP yang ketat :

Mereka yang ingin menghadiri Solat Jumaat perlu memuat turun App yang di bina khas oleh Kementerian Kesihatan melalui Smartphone masing-masing, perlu di daftarkan segala maklumat diri untuk mendapat kebenaran menghadiri Solat Jumaat.

Wajib nyatakan Jantina diri kerana Wanita tidak di benarkan untuk hadir ke masjid.

Perlu masukkan tarikh lahir kerana tidak di benarkan lelaki berumur 60 tahun ke atas dan kanak – kanak di bawah umur 15 tahun menghadiri Solat Jumaat.

Masukkan No Passport kerana kerajaan tidak membenarkan sesiapa yang pernah memasuki negara Brunei dalam tempoh sebulan yang lepas untuk hadir dan secara automatik apps akan memperolehi segala maklumatnya (berkenan tarikh landing dan sebagainya).

Perlu nyatakan No Ic (Kad Pengenalan) bagi warganegara untuk mengenalpasti sejarah kesihatan seseorang melalui sistem maklumat khas kementerian kesihatan Brunei, setiap orang mempunyai File maklumat kesihatan yang khusus bahkan di nyatakan secara terperinci segala ubat yang pernah di ambil sekalipun sebiji panadol yang di ambil seseorang sejak 10 tahun yang lepas lebih-lebih lagi segala maklumat x Ray, test kesihatan, prescription dengan hanya sekali tekan melalui isian No Ic.

Perlu menjawab beberapa soalan lazim mengenai kedudukan kesihatan semasa seperti adakah sedang mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas atau kenaikan mendadak suhu badan dan lain-lain.

Perlu memilih masjid yang anda ingin melakukan solat, maka saya telah memilih Masjid As Solihin, kerana ia masjid yang paling terdekat dengan rumah dan masjid ini juga terletak di luar kawasan penempatan umum kerana di sebelah masjid ini sebuah istana yang mewah antara istana raja yg terbesar selepas istana Nurul Iman dan di belakangnya istana Pemerintah Raja Al Muhtadi Billah dan di sebelah kirinya bangunan pentadbiran Perdana Menteri Brunei.

Setelah anda selesai memasukkan maklumat tadi anda akan di berikan Kod QR bersama di nyatakan Nama anda, umur, dan masjid yang anda telah pilih dengan tulisan berwarna hijau menunjukkan anda telah lulus di terima untuk menghadiri Solat Jumaat dan jikalau tidak akan di keluarkan Kod yang berwarna oren atau merah.

Anda Perlu berwudhuk dahulu di rumah kerana tandas dan tempat wudhuk di tutup dan perlu membawa sejadah sendiri yang besar (sejadah kecil tidak di benarkan) dan perlu memakai penutup muka (face mask)

saya pergi ke masjid satu jam sebelum masuknya waktu solat dan di dapati hampir 1 km kenderaan sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke masjid kerana pintu masjid masih belum lagi di buka. Polis yang menjaga lalu lintas bertugas mengawal pergerakan kereta. Sampai ke pagar masjid pegawai yang bertugas membuat saringan seperti bertanya mengenai kebenaran masuk ke masjid di periksa melalui Smartphone kita sendiri, penutup muka, sejadah yang di bawa, mengukur suhu badan dan sesiapa yang tidak memenuhi syarat ini maka akan di halau balik, di sana ada bantuan dari polis. Kemudiannya anda akan di berikan tag dengan satu kad yang tertera No yang berwarna mengkhususkan tapak parking untuk meletakkan kenderaan anda.

Kemudian sebelum memasuki masjid anda akan di periksa suhu badan buat kali kedua, dan di lihat surat kebenaran dan seseorang akan mengiringi anda untuk di bawa ke tempat yang patut anda letakkan sejadah dan di jarakkan di antara jamaah kadar 1 meter (Social Distancing).

Imam berkhutbah selama 15 minit dengan tajuk Istiqamah, setelah itu solat Jumaat di laksanakan hanya dalam tempoh 10 minit sahaja, kerana solat Jumaat di bacakan sekali dengan Qunut Nazilah. Dan setelah solat di doakan kepada sekalian orang islam dan pemerintah seperti adat kebiasaannya, lalu para jamaah di arahkan untuk menyerahkan Tag dan kad yang telah di berikan dan terus bersurai.

* Kesemua SOP ini di laksanakan di negara yang di anggap paling aman kerana melihat kepada bilangan penduduknya yang terlalu sedikit iaitu kurang dari setengah juta.

Dan Alhamdulillah, bilangan yang mendapat jangkitan virus Covid-19 sejak kes pertama pada 9 Mac 2020 hingga sekarang hanya 141 orang sahaja. 138 telah sembuh dengan 2 kematian. Hanya seorang sahaja masih menerima rawatan di hospital.

Maka apa pandangan kamu semua mengenai SOP yang ketat ini? Adakah sesuai di praktikkan di negara mesir?

Aku merasakan ia perlu di laksanakan seperti solat ini yang dalam sejarah belum pernah di laksanakan.

Moga Allah menerima amalan kita dan amalan kamu serta di angkat bala dari negara dan hamba hamba-Nya

Sumber: