Ibu bapa buat apa saja demi bertemu anak, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya. Itulah yang dilakukan oleh sepasang warga emas
Dikhabarkan yang berjalan kaki melalui hujan demi bersua dengan anak dan cucu mereka yang tinggal jauh dari kampung.
Khairul Hakimin Muhammad berkongsi kisah tersebut dalam satu hantaran di Facebook.
Dia menceritakan bahawa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat sepasang warga emas berjalan kaki dengan membawa beg besar.
“Saya melambatkan kereta, pasang signal kiri, dan menurunkan cermin. Saya bertanya kepada mereka, ‘pakcik nak ke mana? Hujan ni, mari saya hantar’,” katanya.
Walaupun pasangan itu menolak tawaran Khairul Hakimin, dia tetap memujuk mereka untuk menerima bantuan.
“Pakcik tetap menolak, jadi saya kata, ‘hujan ni, takpa naik ja, karang demam macam mana?’,” ujarnya.
Selepas beberapa perbualan, pasangan itu akhirnya bersetuju untuk naik ke kereta Khairul Hakimin. Mereka memberikan alamat kepada Khairul Hakimin, tetapi ketika dia cuba menghubungi, tiada jawapan.
“Pakcik kata anak dia buat Grab. Tak apa, saya akan hantar pakcik dan makcik ke alamat tersebut,” katanya.
Sepanjang perjalanan, pakcik itu menceritakan tentang anaknya yang pernah kaya tetapi perniagaannya kemudian jatuh. Anaknya membantu keluarga tetapi tahun ini mereka tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung.
“Pakcik dan makcik ada telefon bimbit tetapi telefon mereka sudah lama dan tidak mempunyai bateri. Mereka sangat rindu dan ingin pulang ke kampung,” tambahnya.