Seronok buat rumah ‘cash’ atas tanah sendiri tanpa perlu berhutang tapi awas! Ini pantang larang ramai langgar

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Setiap individu pasti memimpikan memiliki rumah idaman, terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga.

Dapat dikatakan, pada masa ini banyak yang cenderung untuk membina rumah di atas tanah sendiri

Disebabkan pelbagai faktor seperti ingin berada berdekatan dengan ibu bapa atau ingin mewujudkan konsep kediaman sendiri.

Seronok buat rumah 'cash' atas tanah sendiri tanpa perlu berhutang tapi awas! Ini pantang larang ramai langgar

Namun, dalam proses membina rumah idaman, banyak yang terlepas pandang beberapa aspek penting yang pada akhirnya boleh menyebabkan kerugian apabila terpaksa mengubahsuai semula.

Bagi mereka yang merancang untuk membina rumah sendiri, terdapat 12 ‘pantang larang’ yang perlu diambil perhatian, seperti yang dikongsikan oleh Idea Deko Rumah:

1. Tak perlu buat wainscoting. Ini kerana ia merupakan design yang bakal beralih zaman seperti wallpaper. Selain itu ia juga mudah memerangkap habuk dan tahi cicak

2. Pintu utama jangan menghala ke jalan untuk menjaga privasi keluarga.

3. Rumah jangan rendah sangat. Biar kecil tapi tinggi. Secara tidak langsung akan beri effect sejuk.

4. Pastikan buat lubang pada table-top, ia membuatkan dapur kelihatan kemas tanpa wayar-wayar perkakas elektrik yang berselirat.

Construction worker seen carrying out renovations work at a house in Kuala Lumpur city centre. Pictures for Metrodesk’s renovation story. — YAP CHEE HONG/The Star

Kesilapan membuat rekaan serta ukuran yang betul akan menyebabkan kerugian. -Gambar hiasan/The Star

5. Pastikan bawah sinki ada punca paip air khas untuk penapis air, jadi paip sinki yang digunakan untuk mencuci dan memasak tidak terganggu dengan paip penapis air.

6. Pastikan ketinggian table-top sesuai dengan ketinggian kita. Tempat untuk memasak juga perlu rendah 5 inci dari pinggang supaya mudah untuk memasak.

7. Pastikan sistem kumbahan dan perparitan jadi keutamaan.

8. Pastikan buat kabinet bertutup. Automatik dapur akan jadi kemas.

9. Buat suis di setiap kawasan dan bersusun rapat, bukan sepah-sepah. Perlu banyak punca elektrik supaya tak sambung-sambung soket.

10. Jangan ada lantai berlainan aras. Buat lantai sama aras daripada depan, bilik hinggalah dapur. Ini sangat memudahkan apabila kita tua kelak

11. Menggunakan satu atau dua tona cat yang hampir sama di dinding. Ini kerana tona yang berbeza-beza hanya membuatkan ruang kelihatan sempit.

12. Apa pun yang paling penting, periksa dengan teliti batu sempadan sebelum mendirikan kediaman anda.

BACA: Abang kerja biasa je, gaji 5k tapi beli rumah banglo ada swimming pool, rupanya ini kerja dia belakang aku