Sering ditegur lewatkan subuh dan tak jaga kebersihan masjid, lelaki nekad tikam imam

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Imam sebuah masjid di Sragen, Jawa, Indonesia, cedera selepas diserang oleh seorang penduduk kampung menggunakan sebilah pisau, lapor Detik.

Menurut Ketua Polis Sragen, AKBP Petrus Parningotan, kejadian berlaku pada awal pagi Khamis lalu,

ketika mangsa sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid Al Hidayah, Desa Sambirejo.

Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana sakit hati setelah ditegur oleh mangsa.

“Kejadian ini didakwa berpunca dari rasa sakit hati suspek kerana mangsa sering menegurnya tentang kebersihan masjid

Sering ditegur lewatkan subuh dan tak jaga kebersihan masjid, lelaki nekad tikam imam

. Selain itu, suspek juga tersinggung apabila ditegur kerana sering bangun lewat untuk solat Subuh,

” ujar Petrus sambil menambah bahawa mangsa dan suspek sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Mangsa yang cedera di leher akibat tikaman pisau dikejarkan ke Hospital Dr Oen Kandangsapi, Kota Solo.

Polis yang menerima panggilan segera ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.

Suspek kini dibawa ke RSJD Dr Arif Zainuddin Surakarta untuk menjalani pemeriksaan mental.

BACA: ‘Dia bayar 7 keping duit kemboja’ Pemilik gerai dedah berapa ishowspeed bayar untuk sebungkus burger special