Serba salah jadi punca pergaduhan abang dan isterinya, lelaki ini nekad berenang 1,455km nak balik kampung.
Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terapung menggunakan dua tong air yang diikat menggunakan kayu di perairan Teluk Balikpapan, Kalimantan Timur.
Kompas.com melaporkan, Dedik, 27, berhasrat pulang ke kampung halamannya di Malang, Jawa Timur menggunakan tong tersebut sebagai pelampung.
Jarak Balikpapan ke Malang adalah sejauh 1,455.5 kilometer (km).
Lelaki itu ditemukan oleh penduduk sekitar 300 meter dari darat dan menyangka dia sudah lemas.
Sebelum diselamatkan, Dedik sudah terapung selama tiga jam di laut.
Ketua Polis Pelabuhan Semayang Balikpapan, Retno Ariani berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada operator bot laju yang memaklumkan ada mangsa lemas.
“Kita terus selaras dengan Polis Air (Polair) dan menuju ke lokasi menggunakan kapal Polair. Setelah dibawa ke darat, kita terus menyoalnya. Jawabnya mahu pulang ke Jawa dengan tong air tersebut. Saya tanya adakah boleh sampai menggunakan tong itu? Dia jawab hanya Allah yang tahu, saya mahu pulang,” katanya.
Lelaki itu tinggal bersama kakaknya di daerah Gunung Bahagia, Balikpapan Selatan.
Akibat gagal mendapatkan pekerjaan, dia rasa serba salah dan turut mengaku bersalah kerana menjadi punca perkelahian antara abang dan isterinya.
BACA:
Pelajar sekolah ini terkejut tiba-tiba ikan paus muncul dari lantai court bola keranjang sekolah