Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin

Oleh INFORAKYAT

Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin. Jika tahun lepas kisah mak cik baju merah tular kerana dituduh jadi perosak majlis,

baru-baru ini seorang wanita pula jadi perhatian kerana gayakan busana putih semasa hadir ke acara akad nikah sepupunya.

Malah, tindakannya yang duduk dekat bersama pasangan pengantin turut mengundang pelbagai kecaman.

Tak sangka terpilih baju warna sama, ingatkan sanding biasa…mujur dapat restu pengantin

Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin

Mengulas tentang kejadian di Johor minggu lalu, Nadzeera atau mesra dipanggil Ira jelaskan bahawa dirinya langsung tidak berniat untuk merosakkan majlis.

Kebetulan waktu itu, dia memang tidak standby sebarang baju warna lain.

Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin

Malah apabila diterangkan mengenai busana putih tersebut, ia turut mendapat ‘restu’ pihak pengantin sendiri.

Gara-gara baju sama…mak pengantin yang ‘tarik’ supaya duduk dekat dengan anaknya

@nadzeerasari Btw orang panggil aku ira , in real .. so dieorg gelar aku ira kazar 2 lah .. so hati2 kata nya #trending #fypシ゚viral #viral #sol #irakazar #fypage ♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK


Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin

Mengulas tentang posisinya dalam gambar tersebut pula, pada awalnya usahawan berusia 26 tahun ini enggan ikut sertai majlis. Namun begitu, ibu saudaranya yang menyuruh Ira supaya temankan mempelai perempuan alang-alang warna baju hampir serupa.

Sepupu rosakkan majlis, pakai baju sama putih dengan pengantin

Meskipun perlu ‘tebalkan’ muka, dia hormat pasangan pengantin dan usaha ke tepi beransur-ansur.

Kat rumah pengantin tiada isu pun…tapi masuk TikTok lain penangannya

Sepanjang acara itu berjalan, tidak timbul langsung sebarang isu berhubung warna pakaian tersebut. Bagaimanapun, dia menyedari timbul reaksi berbeza pula susulan klip video itu jadi tular di TikTok.

Asalkan tidak menyakiti hati sesiapa, justeru Ira ambil pendekatan untuk hiraukan komen negatif terhadapnya.

BACA:

Doktor bagi amaran keras jangan biar benda ini dalam kereta kalau tak nak merana

Tahniah! Yusof Haslam bakal timang cucu lelaki