“Sepupu boleh kahwin, tapi..” Doktor dedah sebab kenapa tak digalakkan kahwin sepupu sendiri

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Topik perkahwinan dengan sepupu sendiri sering menjadi perbualan dalam keluarga, sama ada dalam suasana berjenaka atau serius.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, syariat Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu, tetapi tidak menggalakkannya.

Beliau menyatakan bahawa dalam Islam, lebih digalakkan untuk berkahwin dengan saudara jauh atau mereka yang tiada pertalian darah keluarga.

"Sepupu boleh kahwin, tapi.." Doktor dedah sebab kenapa tak digalakkan kahwin sepupu sendiri

Islam memberi galakan kepada perkahwinan tanpa pertalian darah kerana dari segi sains perkahwinan, perkahwinan dalam pertalian darah boleh membawa risiko genetik dan kemungkinan adanya masalah genetik pada anak-anak yang bakal dilahirkan.

Menurut penerangan daripada pakar perubatan, Dr. Samhan, berkahwin dengan sepupu sendiri mempunyai bahaya dan kaitannya dengan genetik.

Dalam pandangan saya sebagai seorang doktor, saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri.

Dari segi agama, perkahwinan antara sepupu adalah harus menurut syarak, tetapi syarak menggalakkan perkahwinan dengan wanita yang tidak mempunyai pertalian darah kerana dapat melahirkan keturunan yang lebih sihat dan kuat.

Saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri kerana kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat rapat, dengan pertalian genetik sebanyak 12.5 peratus.

Ini meningkatkan risiko penyakit genetik kerana semakin rapat pertalian genetik, semakin tinggi kemungkinan mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.

Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan antara sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.

Kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6 peratus untuk gangguan genetik resesif autosomal seperti talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.

Walau bagaimanapun, risiko ini lebih rendah bagi kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, meskipun masih lebih tinggi daripada purata populasi.

Oleh itu, nasihat saya adalah walaupun perkahwinan dengan sepupu adalah dibenarkan, lebih digalakkan untuk memilih pasangan hidup tanpa pertalian keluarga yang terlalu rapat.

BACA: Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia