‘Sepatutnya sedia maklum sebab pernah jadi menteri termuda’ Rafizi sekolahkan Syed Saddiq

Oleh DAHLIA MARZUKI

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan jumlah RM421 bilion di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.

Dalam belanjawan kali ini, beliau memberikan penekanan lebih kepada usaha untuk merancakkan ekonomi,

Dan menguasai inovasi, dan memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil serta saksama.

Namun, YB Syed Saddiq tidak berpuas hati…

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Abdul Rahman, baru-baru ini mengkritik salah satu dakwaan kerajaan yang menyatakan golongan T15 atau ‘Maha Kaya’

'Sepatutnya sedia maklum sebab pernah jadi menteri termuda' Rafizi sekolahkan Syed Saddiq

Mereka telah menggunakan hampir RM8 bilion subsidi petrol tanpa penjelasan terperinci mengenai siapa yang tergolong dalam kategori pendapatan T15 ini.

Beliau turut menggesa kerajaan menghentikan pendekatan “umum dulu, fikir kemudian” yang dikhuatiri menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Rafizi memberi penjelasan!

Namun, YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, memuat naik satu video di akaun media sosialnya bagi menjawab kritikan Syed Saddiq tersebut.

Rafizi menjelaskan bahawa dakwaan Syed Saddiq tidak berasas dalam mempertikaikan pengumuman kerajaan mengenai subsidi dalam Belanjawan 2025.

“Belanjawan adalah penyataan hasrat dan perancangan kerajaan untuk tahun tersebut. Angka yang diumumkan adalah anggaran dan unjuran, bukan spesifikasi terperinci yang telah dimuktamadkan. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan dan lantik kontraktor sebelum memasukkannya dalam Belanjawan,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menambah, jika kerajaan perlu menyediakan perincian dan memuktamadkan segala belanjawan sebelum pembentangan, proses menyiapkan satu belanjawan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun.

BACA: Dalam 5 minit je selesai masalah kerak botol susu, hanya guna 3 bahan ini je