Seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet. : Mahkamah Agung Nepal memutuskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Rabi Lamichhane telah bertanding dalam pilihan raya tahun lalu menggunakan dokumen kewarganegaraan yang tidak sah.
Keputusan itu sekali gus membatalkan statusnya sebagai penggubal undang-undang dan secara automatik digugurkan daripada jawatan yang disandangnya kini.
Lamichhane memegang portfolio hal ehwal dalam negeri dan mengetuai kementerian yang menyelia kad pengenalan dalam pakatan tujuh parti yang mengambil alih kuasa bulan lalu.
Dalam keputusan yang diumumkan kelmarin, lima anggota perlembagaan mahkamah tertinggi itu berkata, lelaki berusia 48 tahun itu bertanding pada pilihan raya November lalu menggunakan sijil kewarganegaraan yang tidak sah selepas meninggalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).
“Dia kehilangan jawatan menteri dan akan ada pilihan raya kecil di kawasannya,” kata Peguam Lamichhane, Sunil Pokhrel.
Bagaimanapun, menurut Penganalisis Politik, Krishna Khanal, pengguguran Lamichhane tidak akan menjejaskan masa depan pakatan pemerintah.
BACA:
Menteri disahkan meninggal dunia selepas kena tembak dengan pegawai polis
KWSP: Pengeluaran khas RM10,000 hingga RM30,000 sebelum aidilfitri