Seniman gesa Sarah Yasmine dilapor SKMM- “Dia perosak industri”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan kesemua selebriti yang terpalit dalam kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz untuk tampil membuat laporan polis.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menegaskan bahawa kesemua selebriti yang terlibat dalam kontroversi yang melibatkan pelakon

Aliff Aziz disarankan untuk membuat laporan polis, seiring dengan kenyataan Presiden Seniman,

Zed Zaidi, yang mengecam individu bernama Sarah Yasmine sebagai perosak.

Setiausaha Agung, Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah, pula menekankan perlunya tindakan aduan bagi mengelakkan pencemaran nama baik industri hiburan tempatan.

Seniman gesa Sarah Yasmine dilapor SKMM- “Dia perosak industri”

“Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

“Seniman juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polemikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu dalam media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Untuk mengelakkan keadaan yang sudah sedia ada menjadi lebih rumit, Hafiz juga menyeru kekasih gelap Aliff, iaitu Sarah Yasmine, untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang disifatkan sebagai peribadi secara tertutup.

Hal ini juga untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan aib mana-mana individu selain daripada menghormati kes khalwat yang melibatkan Aliff dan Ruhainies yang sedang dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

“Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami juga berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan mencampuri urusan mereka,” tegasnya panjang lebar.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan tanah air menjadi hangat apabila Sarah Yasmine tiba-tiba muncul sebagai watak baru yang mendedahkan segala rahsia Aliff Aziz dan Ruhainies.

Baca juga: Berbulan tanam periuk api, Korea utara nekad letupkan infrastruktur sempadan Korea selatan