Sengaja cat terbalik bendera kebangsaan, cubaan hina bendera kebangsaan?

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kapal terbang merupakan satu alat pengangkutan udara yang sering digunakan oleh orang ramai untuk mencapai destinasi,

terutamanya apabila perjalanan itu melibatkan jarak yang jauh dan mengambil masa berjam-jam.

Bagi sesiapa yang menaiki kapal terbang untuk kali pertama, pengalaman itu pasti akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan, terutamanya apabila ia berkait dengan perjalanan bercuti.

Secara umumnya, kapal terbang menjadi pilihan pengangkutan untuk perjalanan jarak jauh merentasi pelbagai negara dan benua dalam masa yang relatif singkat.

Setiap kapal terbang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang melambangkan pemiliknya serta asal negara dalam sistem penerbangan.

Sengaja cat terbalik bendera kebangsaan, cubaan hina bendera kebangsaan?

Apabila kita sering ke lapangan terbang, kita mungkin dapat mengenal pasti kapal-kapal terbang tempatan, disebabkan oleh nama-nama syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia, FireFly, dan sebagainya.

Namun, adakah anda pernah sedar bahawa pada sesetengah kapal terbang, bendera Malaysia kelihatan terbalik (mirrored) manakala perkataan “MALAYSIA” pula dicat dengan betul?

Adakah perkara ini mempunyai kepentingan serta mesej tersirat dalam sistem penerbangan?

Sama seperti kebanyakan kapal terbang dicat dengan warna putih atas beberapa faktor seperti memantulkan cahaya, kemudahan pengesan keretakan, mengurangkan penyerapan haba, mengesan hakisan dan kebocoran minyak, selain dari aspek kos yang rendah.

Ini tentu menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai mengenai bendera dan nama yang terpampang di badan pesawat. Mari kita fahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bendera terbalik tetapi perkataan tidak
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi topik 10 Bendera Malaysia dan Perkataan ‘Malaysia’ pada Pesawat CAD 7, bendera Malaysia dan perkataan ‘Malaysia’ sepatutnya dilekatkan pada bahagian hadapan atau hidung pesawat.

“Bendera Malaysia dan perkataan ‘Malaysia’ hendaklah dicat atau dilekatkan dengan cara yang memastikan ia berada pada tahap kekal atau seimbang yang sama (degree of permanence), pada kedua-dua belah bahagian fuselage pesawat, sebaiknya ia diletakkan ke arah hadapan atau hidung pesawat,” menurut kenyataan tersebut.

Jadi, kedudukan bendera bergantung pada bahagian yang dilekatkan pada fuselage di sebelah kiri dan kanan, tetapi kedudukan perkataan mestilah mengikut arah yang betul.

Manakala pada bahagian 10.2, ia menyebut bahawa bendera Malaysia dan perkataan ‘MALAYSIA’ hendaklah mempunyai dimensi yang bersesuaian dengan saiz pesawat.

BACA: “Hilang maruah bila anak nampak aku kena sepak terajang dengan suami, tapi sekarang aku happy