Senarai rasmi pemilihan PKR 2022, Ketua Wanita bertukar ‘baton’

Senarai rasmi pemilihan PKR 2022, Ketua Wanita bertukar ‘baton’

Senarai rasmi pemilihan PKR 2022, Ketua Wanita bertukar ‘baton’. Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Pada pemilihan kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden bagi tempoh 2022/2025 selepas menang tanpa bertanding.

Selain jawatan tertinggi yang tidak digugat, tumpuan pada pada Pemilihan PKR 2022 turut terarah kepada jawatan nombor dua yang menyaksikan saingan antara bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tidak terkecuali, saingan hebat diberikan untuk jawatan Naib Presiden apabila 17 calon yang menawarkan diri bertanding bagi empat kerusi, seperti yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat.

Selain itu, pertandingan di peringkat Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak kurang sengit.

Senarai rasmi pemilihan PKR 2022, Ketua Wanita bertukar 'baton'

Bagi keputusan pemilihan peringkat cabang pula, ia mula diketahui sejak 23 Mei melalui aplikasi ADIL dan laman web ADIL.

Berikut keputusan Pemilihan PKR 2022 yang dikongsi oleh Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin di laman Facebook, hari ini:

Presiden:

– Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timb.Presiden:

– Rafizi Ramli

Naib Presiden:

– Datuk Seri Amirudin Shari

– Chang Lih Kang

– Nik Nazmi Nik Ahmad

– Datuk Seri Aminuddin Harun

Ketua Wanita:

– Fadhlina Sidek

Timb. Ketua Wanita:

– Juwairiya Zulkifli

Naib Ketua Wanita:

– Wasanthee Sinnasamy

– June Leow Hsiad Hui

– Sangetha Jayakumar

Ketua AMK:

– Adam Adli Abd Halim

Timb.Ketua AMK:

– Muhammad Kamil Munim

Naib Ketua AMK:

– Atyrah Hanim Razali

– Pravin Murali

– Prasanth Kumar Brakasam

BACA:

Kerjasama semula dengan Azmin, ini jawapan PKR

Pertemuan Azmin dan wakil PKR, khabar angin Anwar bawa masuk Azmin bertiup kencang

Pemilihan PKR : Nurul Izzah luah perasaan

CATEGORIES