Senangnya buat ikan siakap stim! Tak perlu periuk kukus pun

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setiap kali melawat restoran makanan Thailand, pelanggan sering memilih menu seperti tomyam dan ikan siakap stim.

Namun, pasti lebih sedap jika anda mencuba memasak resepi ini di rumah. Pasti bertambah-tambah pinggan.

Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Syiela Kamaruddin memperkongsikan resipi ikan siakap stim .

Senangnya buat ikan siakap stim! Tak perlu periuk kukus pun

ala kedai Siam yang boleh disediakan tanpa menggunakan periuk kukus.

@syielakamaruddin_ Yang takde periuk kukus kat umah, boleh ikut style ni tau…. #fypシ #masukberandafyp #foryou #resepikedaisuamiku #ikansiakapstimlimau #ikanstim #resepimudah #ikansiakapstylethai #thaistyle #foryoupage❤️❤️ ♬ Jujur – Tereza Fahlevi

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan siakap

2. Dua tangkai serai

3. Sepotong halia

4. Daun limau purut

5. Cili Siam

6. Cili besar

7. Bawang putih

8. Ketumbar

9. Sos tiram

10. 3-4 biji limau

11. Sos ikan

12. Kiub pati ayam

13. Gula putih

Cara penyediaan:

Potong dua batang serai, kemudian potong halia menjadi hirisan halus.

Ambil daun limau purut dan buang tangkainya, kemudian masukkan ketiga-tiga bahan tersebut ke dalam ikan siakap yang telah dibelah.

Masukkan ikan siakap ke dalam periuk yang berisi air. Selepas itu, kisar cili siam, enam ulas bawang putih, cili besar, dan akar ketumbar.

Pastikan anda memerah dua hingga tiga biji limau nipis ke dalam bahan kisar tadi. Selepas itu, campurkan se sudu sos tiram, kiub pati ayam, empat sudu gula putih, dan tiga sudu sos ikan.

Tambahkan juga sesenduk air rebusan ikan ke dalam bahan kisar tadi. Gaul rata sehingga sebati, kemudian tuangkan campuran tersebut ke atas ikan siakap yang sedang dimasak.

Hidangkan dengan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Dia tanya perut awak ada selulit tak? Perut ada ‘stretch mark’ hitam tak? Soalan ‘sangat eksotik’, jarang lelaki tanya perempuan pasal selulit orang, rupanya dia..”