Zaman sekarang semua makanan boleh dibuat di rumah, tak perlu nak susah-susah pergi kedai, beli sahaja bahan dan selesai.
Mesti teringin nak makan pizza ‘homemade’ tapi bukan senang nak buat doh, yang dijual di pasar raya pula tak menepati citarasa.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan pengguna Facebook, Emanuel Koknga menerusi halaman ‘Happy Baby Foods Malaysia (HBFM)’.
Resipi doh pizza
Waktu penyediaan: 10 minit | Waktu membakar: 12 minit.
“Saya kongsikan cara buat pizza doh guna dua bahan. Hanya tepung dan Greek Yogurt.”
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan Greek Yogurt
Cara-cara:
Gaulkan tepung dan yogurt hingga sebati dan tak melekat di tangan.
Taburkan sedikit tepung di pelantar bersih untuk menguli doh.
Guna rolling pin atau tangan sahaja pon boleh..
Pastikan ia dalam bentuk bulat nipis atau setebal yang diinginkan.
Roll di atas baking paper lebih mudah untuk letak atas baking tray nanti.
“Sepanjang guna resipi mudah buat pizza ni, sama ada tepung gandum unbleached, tepung naik sendiri mahupun tepung tanpa gluten boleh digunakan. Tak ada masalah.
“Cuma bezanya doh tepung gandum jadikan pizza lebih rangup dan garing. Tepung naik sendiri pizza jadi agak lembut gebu.
“Tepung wholemeal pon sedap juga. Ikut la mana-mana stok kat pantry tu ya. Jangan susah-susah.”
Apa lagi, boleh cuba buat sendiri di rumah, ikut suka nak letak topping banyak mana sekalipun, baru berbaloi!
Baca juga : ‘Pilih bank yang betul dan sesuai dengan gaji kau. Kalau kau nak tau, setiap bank lain cara kiraan’