Senang je rupanya tak nak bagi sos meleleh sampai botol pun comot, buat je cara ini pasti jadi

Oleh INFORAKYAT

Senang je rupanya tak nak bagi sos meleleh sampai botol pun comot, buat je cara ini pasti jadi

Macam Ni, Mudah Tapi Ramai Alpa, Cara Tak Nak Bagi Sos Meleleh & Botol Comot

Sos pencicah dalam pelbagai perisa, merupakan salah satu bahan penyedap makanan yang wajib ada di setiap dapur.

Senang je rupanya tak nak bagi sos meleleh sampai botol pun comot, buat je cara ini pasti jadi

Tidak kisahlah sama ada anda sudah berkeluarga, di rumah bujang mahupun asrama, sebotol sos wajib ada dalam simpanan masing-masing.

Namun, kadang-kadang niat kita untuk menggunakan sos terbantut apabila melihat keadaan botol yang comot dengan lelehan sos. Apabila memegang botol yang sudah comot, sudah tentu sisa-sisa sos ini akan terkena pada tangan dan kita berasa tidak selesa.

Selain itu, sos yang meleleh pada bahagian luar botol juga terdedah dengan persekitaran sebelum menjadi kering. Jadi, sedikit sebanyak kita merasa khuatir sama ada sos berkenaan masih selamat digunakan atau sudah tercemar.

Jika termakan pula, kita juga merasa bimbang sekiranya ia memberi kesan kepada kesihatan seperti boleh menyebabkan kita sakit perut dan sebagainya.

Lebih teruk, kesan comot turut menarik haiwan-haiwan perosak seperti lipas dan tikus untuk berlegar-legar di kawasan penyajian makanan.

@awangdapur Replying to @CatMeowMeow Tips no 15: Elak botol sos kotor. #awangdapur #fyp #tipsdapur #tipsdapurbersih #tipsbotolsos ♬ SALSA HABANERO – MICHAEL WAYNE JONES

Ini menyebabkan tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penyediaan makanan dan boleh mencetuskan kes keracunan makanan.

Bagi mengatasi masalah leher botol sos menjadi comot, pencipta kandungan TikTok, Awang Dapur (@awangdapur) berkongsi dua tips yang berguna kepada pengikutnya.

Tip pertama – Buat ‘baju baby‘ pada leher botol

Pertama sekali, basuh permukaan botol jika terdapat kesan comot pada permukaan luar botol sos. Ambil pad kapas dan lipat beberapa kali sehingga menjadi kecil.

Tak Perlu Cuci Tangan Lepas Buka Botol, Ini Tips Elak Botol Sos Jadi ComotKredit: TikTok
Kemudian, ambil bahagian bucu lipatan dan letakkan pada bahagian tengah mulut botol sos. Hal ini adalah untuk membantu kita membuat anggaran saiz mulut botol tadi pada lipatan tisu tadi.

Selepas membuat anggaran, potong tisu mengikut anggaran jejari pada muncung botol. Setelah selesai memotong tisu, ambil bahagian luaran sahaja.

Tak Perlu Cuci Tangan Lepas Buka Botol, Ini Tips Elak Botol Sos Jadi ComotKredit: TikTok
Akhirnya, sarungkan tisu ‘baju baby‘ tadi pada muncung botol sos terbabit. Dengan ini, sos tidak akan terpalit pada keseluruhan badan botol.

Jika tisu tersebut sudah terlalu kotor dan comot, anda boleh melakukan langkah yang sama untuk menggantikan ‘baju baby’ pada bahagian tersebut.

Tip kedua – Memutarkan botol sos semasa menuangkan sos
Semasa menuangkan sos dari botol, pastikan anda memusingkan botol tersebut. Dengan ini lebihan sos tidak akan meleleh pada badan botol sos.

Dengan memutarkan botol sos, anda juga dapat memastikan semua sos dapat dituang pada tempat yang sepatutnya dan tidak membazir.

BACA:Tak sangka! Rupanya watak James Bond sebenarnya diadaptasi dari pegawai British yang tinggal di Cameron Highlands