Semua terkejut transgender ini menang Miss America, ‘juri dah gila ke apa?’

Oleh INFORAKYAT

Semua terkejut transgender ini menang Miss America, ‘juri dah gila ke apa?’. Pertandingan Miss America bagi bandar Greater Derry edisi 2023 baru-baru ini telah mencetus perbualan hangat warganet apabila seorang pempengaruh media sosial transgender telah mengalahkan perserta lain yang dilahirkan secara semulajadi sebagai wanita.

Berketurunan Vietnam, Brian Nguyen yang kini berusia 19 tahun bakal mewakili bandar tersebut untuk merebut gelaran sebagai Miss New Hampshire 2023 pula. Dia yang juga merupakan pelajar dalam jurusan pengurusan tampil menggayakan busana gaun labuh rona merah dan yakin menjawab soalan yang diberi pada hari pertandingan.

Usai berjaya dimahkotakan, Brian menulis di Instagamnya, “Dalam sejarah 100 tahun Miss America, saya secara rasmi menjadi pemegang gelaran transgender PERTAMA dalam Pertubuhan Miss America. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan berpeluang untuk berkhidmat kepada komuniti saya dan mewakili komuniti saya buat pertama kali di Miss New Hampshire.

“Saya sangat berbesar hati untuk dinobatkan sebagai Miss Greater Derry 2023 anda yang baharu, dan saya sangat teruja untuk menunjukkan kepada anda semua apa yang saya ada. Ini akan menjadi tahun yang menakjubkan.”

Semua terkejut transgender ini menang Miss America, 'juri dah gila ke apa?'

Kemenangannya ini menjadi satu bualan hangat kerana dia telah dikatakan mengambil peluang wanita yang dilahirkan secara semula jadi untuk mendapatkan biasiswa yang ditawarkan oleh organisasi tersebut.

Antara yang lantang bersuara adalah salah seorang bekas ratu cantik iaitu Miss Universe Great Britain 1998, Leilani Downing. Dia berkata, “Apabila saya memenangi Miss Great Britain pada tahun 1998, peluang terbuka untuk saya. Itu akan diambil dari gadis-gadis ini. Pemenang pertandingan itu mendapat biasiswa dan wang dan ia pergi kepada lelaki berlebihan berat badan yang bersolek.”

Dalam pada itu, hos GB News Mark Dolan menuduh pertandingan biasiswa itu mencapai “peak woke” dalam segmen di mana dia mengulas mengenai pengumuman pemenang Miss Greater Derry 2023 itu.

Walaupun kini banyak pertandingan Ratu Cantik yang pada dahulunya dikhususkan kepada wanita telah mula membuka ruang kepada golongan transgender, masih banyak lagi negara yang meletakkan syarat pertandinga tersebut hanya khusus untuk mereka yang dilahirkan secara biologi sebagai wanita.

BACA:

Ini senarai penuh lantikan politik sebelum PRU-15

Ini fakta cuti haid berbayar yang ramai tidak tahu

Ini 3 cara mudah jika anda lupa password buka Mac, ramai yang berjaya