Semua mula dengan RM3000, pemuda dedah purata gaji warga asing di Malaysia

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tidak dapat dinafikan, Malaysia adalah ‘lubuk’ rezeki bagi pekerja asing, terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia.

Dalam sektor buruh, pekerja asing dilihat mendominasi dan jumlah mereka kadangkala melebihi pekerja tempatan.

Dengan perkembangan ekonomi dan peluang kerja yang lebih terbuka, ramai warga tempatan kini

lebih cenderung memilih kerjaya profesional yang dianggap lebih ‘menjamin’.

Namun, satu perkongsian oleh pengguna TikTok, @razaliabduljalil, telah mengejutkan ramai apabila dia memaparkan purata gaji pekerja asing.

Semua mula dengan RM3000, pemuda dedah purata gaji warga asing di Malaysia

Video ringkas itu menunjukkan beberapa sampul coklat yang dipercayai berisi gaji yang bakal diterima oleh pekerja asing di sebuah syarikat.

Pada bahagian luar sampul tersebut, jelas tertera jumlah gaji yang mencecah antara RM2,600 hingga RM3,500 sebulan.

Perkongsian itu segera menarik perhatian pengguna media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi. Di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendapatan pekerja asing yang begitu lumayan.

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang menghargai kesungguhan mereka yang gigih mencari rezeki di perantauan.

“Mereka makan bercatu, kerja seolah-olah tiada hari esok. Duit semua hantar ke kampung,” kata seorang pengguna.

“Mereka bekerja 12 hingga 15 jam sehari, kadang-kadang cuti hanya dua minggu sekali. Bukan mudah untuk mendapat gaji begitu,” tambah yang lain.

Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang menyuarakan pandangan mengenai gaji tinggi yang diterima oleh pekerja asing.

Menurut salah seorang pengguna, masyarakat tidak sepatutnya menghakimi pendapatan mereka.

“Saya uruskan gaji pekerja, memang gaji besar, tetapi mereka bekerja 12 hingga 15 jam sehari di tapak pembinaan.

“Nak dapat RM3,000 sebulan, mereka bekerja separuh nyawa, tanpa faedah seperti KWSP dan cukai. Itu belum termasuk kos permit dan pembaharuan pasport yang tinggi.

“Bayangkan jika keluarga kita bekerja di luar negara, jarang berjumpa dengan keluarga, tetapi gaji yang dihantar dipersoalkan pula. Rezeki manusia memang berbeza,” jelasnya.

BACA: ‘Kami pilih untuk percaya, apa yang kalut’ Ahli Parlimen Pas jawab Hadi mimpi nabi