Semua mayat keluarga ditanam di belakang rumah je! Ini kisah sedih disebalik rumah besar yang terletak di Hulu Selangor

Oleh INFORAKYAT

Semua mayat keluarga ditanam di belakang rumah je! Ini kisah sedih disebalik rumah besar yang terletak di Hulu Selangor

Kenali Bangunan Tan Boon Chia iaitu salah satu tinggalan sejarah di Rasa!

Rasa membawa maksud deria rasa dalam bahasa Melayu. Pada permulaan, orang Cina menyebut Rasa sebagai Lak Sa Po.

Semua mayat keluarga ditanam di belakang rumah je! Ini kisah sedih disebalik rumah besar yang terletak di Hulu Selangor

Papan nama Kelab Kuan Lok ,Rasa yang bersejarah masih memaparkan Lak Sa Po dalam bahasa Cina pada hari ini.

Sejarah China turut mencatatkan bahawa sebanyak 20 keluarga dari Hui Zhou telah berhijrah ke Lak Sa Po. Kampung Baru Rasa telah ditubuhkan lebih kurang 120 tahun dahulu.

Penemuan bijih timah pada akhir kurun ke-20 telah menarik ramai pendatang Cina untuk mencari nafkah hidup di Rasa.

Pada ketika itu, Rasa, Kuala Kubu Baru dan Serendah merupakan pusat penghasilan bijih timah utama di daerah Hulu Selangor. Taukeh lombong terkenal pada ketika itu termasuk Tan Boon Chia, Loke Yew dan Cheah Eng Wah.

Dalam semua taukeh lombong, Tan Boon Chia merupakan taukeh lombong yang paling berpengaruh di Rasa. Pembinaan bangunan Tan Boon Chia pada tahun 1918 menjadi mercu tanda Rasa pada ketika itu.

Tan Boon Chia berketurunan Hokkien, beliau berasal dari pekan Fong Lai di Wilayah An Xi.

Catatan Buku Sejarah An Xi merekodkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1892. Beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya pada umur yang masih kecil.

Menjelang Perang Dunia Kedua, kezaliman tentera Jepun selama 3 tahun dan 8 bulan telah menyebabkan segala aktiviti perniagaan di Rasa terhenti.

Bangunan Tan Boon Chia telah dirampas dan dijadikan sebagai ibu pejabat tentera Jepun. Ramai orang Cina dikatakan telah didera, dibunuh dan terus ditanam di belakang bangunan.

Selepas perang tamat, bangunan tersebut telah dipulangkan kepada keluarga Tan.

BACA:

Isteri meninggal lepas kantoi ada skandal dengan perempuan lain, suami terkedu bila cek handphone isteri